Cara simpan sayur supaya  tahan lama guna teknik ‘FROZEN’, boleh tahan sampai 6 bulan

Cara simpan sayur supaya tahan lama guna teknik ‘FROZEN’, boleh tahan sampai 6 bulan

Cara simpan sayur supaya tahan lama guna teknik ‘FROZEN’, boleh tahan sampai 6 bulan.

Cara simpan sayur tahan lama adalah perkara yang cukup penting bagi memastikan sayuran sentiasa kekal segar dan tahan lama.

Bila nak dekat Hari Raya, ramai yang membeli stok sayur-sayuran dengan lebih awal kerana pasti ramai yang mencarinya juga untuk juadah raya. Kalau lambat beli, nanti cepat habis!

Cara simpan sayur supaya  tahan lama guna teknik ‘FROZEN’, boleh tahan sampai 6 bulan

Oleh itu, ibu-ibu sudah boleh mula membeli sayur pada bulan Ramadhan dan simpan dalam peti sejuk beku. Malam raya tinggal masak saja, tak perlu keluar membeli dah!

Oleh itu, mari kita praktikkan tips simpanan sayur beku yang dikongsikan oleh Puan Hani Mynis di bawah.

CARA SIMPAN SAYUR TAHAN LAMA TEKNIK ‘FROZEN’

Dah 2x raya lah hani praktikkan beku kan sayur-sayur berharga macam ini.

  • Daun kunyit
  • Serai
  • Lengkuas
  • Halia
  • Kunyit hidup
  • Bunga kantan
  • Daun pandan
  • Daun kesum

Tapi ada cara dan syarat dia kalau nak simpan sayur-sayur kat atas guna kaedah sejuk beku ini.

  • Mesti kena bersihkan dan basuh bersih-bersih dahulu
  • Tengok macam mana nak guna sayur tu, potong siap-siap terus (contoh daun kunyit kalau masak rendang kita hiris halus, jadi kena hiris terus)
  • Bila nak guna, keluarkan sikit dari bekas atau plastik, yang lebih terus simpan dalam peti beku balik (jangan lambat simpan, nanti sayur lembik)
  • Bila nak guna, tak perlu basuh dah, terus campak je dalam kuali (tak perlu defrost, masuk terus dalam kuali)
  • Kalau daun sup, hani suka masuk dalam bekas kecil dan asingkan sekali penggunaan (tambah air sikit paras daun, biar dia jadi air batu daun sup)
  • Daun ketumbar hani tak suka bekukan sebab hilang kerangupan dia
  • Ketahanan? Selagi tak habis insyaAllah 3-6 bulan.
Baca Juga:
Cara betul simpan tepung agar tahan lama dan tiada ulat datang bersarang
Bapa pelik keputusan peperiksaan anak cemerlang tapi tak dapat anugerah
7 petua cara nak pilih ikan segar di pasar, boleh cuba buat bila ke pasar nanti!
CATEGORIES