Cara ‘Renew’ lesen online dengan mudah dan cepat, tak perlu beratur panjang lagi. Perbaharui lesen memandu merupakan perkara yang wajib dibuat oleh semua pemandu kenderaan bermotor.
Jika sebelum ini perlu beratur panjang dan menghabiskan masa ke kaunter untuk renew lesen memandu, kini urusan di hujung jari.
Ini kerana, sistem sudah berubah mengikut perkembangan semasa iaitu ke sistem elektronik yang lebih efektik.
Cara ini lebih cepat dan mudah bagi menyelesaikan urusan pembaharuan lesen.
2 Cara Untuk Renew Lesen Online
Untuk memudahkan urusan renew lesen, anda boleh melakukan secara online di talian rasmi JPJ iaitu melalui MYSIKAP atau MYEG.
1) Renew melalui mySIKAP
Mungkin ramai yang masih belum tahu tentang kemudahan yang disediakan di Portal JPJ Online @mySIKAP.
Pengguna boleh renew lesen JPJ secara online disamping melakukan transaksi yang melibatkan kenderaan, motor dan pelesenan pemandu.
Cara untuk renew lesen online:
- Login ke portal MySikap https://public.jpj.gov.my/
- Pilih menu Lesen Memandu
- Pilih Pembaharuan Lesen Memandu
- Isikan maklumat pembaharuan lesen
- Buat bayaran
- Semak dan buat pengesahan
- Selesai!
- Namun, lesen yang telah diperbaharui melalui kaedah ini melibatkan pengambilan di kaunter JPJ.
2) Renew dengan portal MYEG
Anda disarankan melakukan pembaharuan lesen melalui portal MYEG jika mahu pengambilan lesen CDL melalui penghantaran.
Pendaftaran dan log masuk:
- Buka portal MYEG di pautan https://www.myeg.com.my/
- Daftar sebagai pengguna MYEG jika anda ialah pertama kali menggunakan portal ini
- Login menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan
- Pilih menu JPJ dan klik menu lessen memandu
- Baca terma dan syarat setelah itu klik proceed
- Jika ingin penghantaran terus ke rumah boleh isi maklumat penghantaran
- Semak maklumat sebelum proceed, dan anda boleh buat pembayaran secara online juga
- Dan selesai, runner MYEG akan buat penghantaran dalam 4-5 hari terus ke rumah anda
Tempoh Untuk Renew Lesen Mengikut Kategori
Pemilik kenderaan boleh memperbaharui lesen mereka pada tempoh paling minima dalam 1 tahun dan paling maksima 5 tahun sahaja.
Jika lesen tidak diperbaharui dalam tempoh 3 tahun, pemilik kenderaan perlu menjalani semula ujian mendapatkan lesen memandu.
Tamat Tempoh Lesen Memandu
Lesen CDL (Competent Driving License) ialah lesen yang dinaiktarafkan daripada lesen P selepas sah untuk 2 tahun percubaan.
Lesen ini boleh diperbaharui semula dengan syarat tidak tamat tempoh melebihi tiga tahun.
Jika lesen memandu sudah tamat tempoh melebihi tiga tahun, sila ikuti prosedur ini:
- Buat rayuan kepada Ketua Pengarah JPJ beserta sebab-sebab lesen tamat tempoh
- Jika permohonan diluluskan, akan dikecualikan daripada menghadiri kursus KPP 1, Ujian Undang-Undang, KPP 2 dan QT1
- Tetapi anda perlu menjalani ujian praktikal JPJ bahagian 2 (mendaki bukit, parking selari dan pusingan tiga penjuru) serta bahagian 3 iaitu ujian jalan raya
- Jika permohonan tidak berjaya, perlu mengulangi semula prosedur untuk mendapat lesen memandu iaitu daripada awal hingga akhir
Tukar Lesen P ke Full
Permohonan tukar lesen PDL ke CDL hanya dibenarkan dalam masa 7 hari sebelum tamat tempoh.
Tukar lesen P ke Full di pejabat-pejabat JPJ dan UTC yang berhampiran. Melalui prosedur yang mudah, anda boleh mendapatkan lesen CDL dalam masa beberapa minit sahaja.
- Pergi ke pejabat JPJ atau UTC berdekatan
- Isi borang JPJ L1
- Ambil nombor dan tunggu giliran
- Nyatakan kepada pegawai bertugas anda ingin tukar lesen P ke Full
- Serahkan kad pengenalan dan lesen P anda. Nyatakan berapa tempoh pembaharuan lesen mahu dibuat (antara satu hingga lima tahun)
- Jika anda ingin tukar gambar di lesen, bawa bersama gambar dengan latar belakang berwarna putih berukuran 24mm x 32mm
Tempoh Lesen P dan Lesen P Tamat Tempoh
Tempoh sah lesen bagi Lesen P atau Lesen Memandu Percubaan (PDL) adalah dalam tempoh setahun.
Anda boleh renew lesen P tamat tempoh dalam tempoh setahun dari tarikh tamat tempoh terakhir.
Jika tamat tempoh lebih dari setahun, kemukakan rayuan kepada Ketua Pengarah JPJ.
Tempoh Lesen L dan Lesen L Tamat Tempoh
Lesen L diperbaharui setiap 3 bulan atau 6 bulan jika masih dalam tempoh latihan. Tetapi tidak boleh melepasi agregat dalam tempoh 2 tahun daripada tarikh lesen L dikeluarkan.
Jika melepasi tempoh berikut, perlu mengulangi semula elemen latihan dan ujian untuk mendapatkan lesen L.
Renew Lesen P ke CDL Online (MYEG) atau di Pejabat Pos
Proses renew lesen P ke CDL tidak boleh dilakukan secara online di Pejabat Pos.
Lesen GDL (Goods Driving Licence) atau dikenali Lesen Kenderaan Barangan juga tidak boleh dilakukan secara online sebaliknya perlu diperbaharui di Pejabat JPJ.
Lesen L dan lesen CDL yang tamat tempoh boleh diperbaharui di mana-mana cawangan pejabat pos, UTC atau melalui online.
Sebagai pemilik kenderaan, menjadi tanggungjawab untuk mempunyai lesen yang masih sah.
Jika perkhidmatan JPJ telah melalui pendigitalan, begitu juga perkhidmatan servis kenderaan seperti POMEN.
Mesti anda pernah mengalami situasi berikut, bukan?
- Kereta belum servis
- Risau jika kereta breakdown tengah jalan
- Tayar pancit tapi tak reti tukar sendiri
- Bateri kong
- Masalah tersebut boleh diselesaikan segera dengan mengambil perkhidmatan POMEN.
Pomen menyediakan satu aplikasi yang boleh dimuat turun di dalam telefon bimbit anda.
Pomen berupaya menawarkan perkhidmatan 24 jam untuk servis seperti:
- Maintenance
- Tukar tayar
- Tukar bateri
- Kereta rosak