Cara mudah rebus telur tanpa air tak sampai 5 minit, confirm telur tak pecah

Cara mudah rebus telur tanpa air tak sampai 5 minit, confirm telur tak pecah

Cara mudah rebus telur tanpa air tak sampai 5 minit, confirm telur tak pecah.

Siapa yang selalu gagal setiap kali merebus telur? Bila dikupas, telur akan hancur dan pecah. Haa, jangan risau, jom MyResipi kongsikan cara rebus telur yang betul. Dijamin telur rebus akan cantik elok tanpa cacat cela.

Cara ini juga bukan saja menghasilkan telur yang sempurna, malah tidak perlu menggunakan teknik merebus dan lebih menjimatkan masa. Dalam tempoh 5 minit, telur rebus sudah tersedia.

Cara mudah rebus telur tanpa air tak sampai 5 minit, confirm telur tak pecah

Jika ada yang tertanya-tanya bagaimakah cara merebus telur tanpa air, mari sama-sama baca artikel ini sehingga habis.

CARA REBUS TELUR TANPA AIR

Cara mudah rebus telur tanpa air. Jimat masa, jimat tenaga. Tak sampai 5 minit masak elok tanpa ada cacat cela dan pecah. Nak kupas kulit pun senang.

Cara-cara adalah seperti berikut:

1. Pertama sekali, basuh telur sehingga bersih.

2. Kemudian, lapik periuk dengan 2 helai tisu lembap (renjis air) dan susun telur di atas tisu tersebut.

3. Masak seperti macam tanak nasi dan tunggu sehingga butang di periuk nasi naik sendiri.

4. Biarkan seketika sebelum membuka penutup periuk itu.

5. Sebelum dikupas, sejukkan telur terlebih dahulu. Kupas dengan berhati-hati supaya telur tidak pecah.

6. Selamat mencuba!

Baca lagi:
Ibu, anak umur 7 tahun ditemui lemas dalam kolam
Lelaki pelik baru 3 hari keluarkan duit KWSP terus dapat panggilan scammer
Marissa Dania Hakim dan Aslam nikah senyap-senyap?
CATEGORIES