Cara mudah buka pintu terkunci dari dalam hanya guna sekeping kertas

Photo of author

By Syima Iza

Cara mudah buka pintu terkunci dari dalam hanya guna sekeping kertas.

“Alamak! Pintu terkunci dari dalam pulak, macam mana nak masuk rumah ni?”

Ini mungkin situasi yang kebanyakkan dalam kalangan kita hadapi iaitu masalah pintu terkunci dari dalam. Berjam-jam cubaan untuk masuk ke dalam rumah akhirnya hampa apabila tombol pintu masih tidak boleh dibuka. Macam mana nak buat?

Cara mudah buka pintu terkunci dari dalam hanya guna sekeping kertas

Selain menggunakan kad atau pembaris, sebenarnya anda juga boleh menggunakan kertas sebagai salah satu teknik untuk ‘unlock’ pintu tersebut. Nak tahu macam mana? Jom kita tengok tutorial ini.

MACAM MANA BUKA PINTU TERKUNCI DARI DALAM GUNA KERTAS?

1. Cari kertas yang agak keras. Jangan gunakan kertas biasa kerana akan mudah terkoyak.

Cara mudah buka pintu terkunci dari dalam hanya guna sekeping kertas

2.Lipat kertas tersebut menjadi bentuk segi empat.

3.Kemudian, gunakan bucu kertas tadi dan tolak masuk di celah-celah pintu sehinggalah terkena pada kuncinya.

Cara mudah buka pintu terkunci dari dalam hanya guna sekeping kertas

4.Bila terkena pada kekunci, tombol pintu biasanya akan terbuka dengan sendiri.

Untuk tutorial yang lebih jelas, ini adalah panduan video:

Untuk pengetahuan anda, kaedah ini adalah sama dengan teknik menggunakan kad atau pembaris. Tetapi, tidak salah juga untuk anda cuba menggunakan kertas kan?

Baca Lagi:
Wanita jumpa berlian 3.72 karat ketika tonton cara cari berlian di youtube
Cara nak tahu ais batu dalam minuman sejuk yang kita pesan di restoran guna air masak atau air paip
6 ‘sebab’ popular gadis melayu suka abang Bangla yang ramai lelaki Malaysia tak tahu