Cara betul goreng roti canai frozen supaya lebih lembut seperti baru dimasak

Photo of author

By Syima Iza

Cara betul goreng roti canai frozen supaya lebih lembut seperti baru dimasak.

Roti canai frozen memang antara stok makanan sejuk beku yang selalu ada dalam peti ais kita.

Selalunya bila terasa nak makan, kita ambil dan terus goreng atas kuali. Rupanya cara kita selama ini tak betul.

Cara betul goreng roti canai frozen supaya lebih lembut seperti baru dimasak

Menurut Abang Terbang, pengusaha canai selama 20 tahun, untuk menggoreng roti canai frozen ini ada caranya dan sebaiknya jangan terus digoreng atas kuali jika mahu hasil roti canai yang lembut seperti baru dimasak.

Cara betul goreng roti canai frozen

Cara betul goreng roti canai frozen supaya lebih lembut seperti baru dimasak

“Biasanya bila nak masak roti canai frozen kita terus keluarkan dari peti ais dan goreng atas kuali.

“Tapi cara yang sebetulnya adalah kita kena rendam atau celupkan roti canai frozen ini terlebih dahulu dalam air.

Cara betul goreng roti canai frozen supaya lebih lembut seperti baru dimasak

Kemudian barulah digoreng atas kuali tanpa meletakkan minyak terlebih dahulu.

“Jika kita terus goreng dalam minyak, hasilnya roti canai jadi garing macam biskut dan tak lembut.

“Berbeza kalau masak dengan air, roti canai akan jadi lembut luar dan dalam.

Cara betul goreng roti canai frozen supaya lebih lembut seperti baru dimasak

Bila dah hampir masak, barulah letakkan sedikit minyak,” jelas Abang Terbang.

Baca Juga:
5 Jenis jiran yang selalu ‘cari pasal’ dan buat orang menyirap!
Wanita beli ‘Shin Ramyun’ saiz gergasi naik tren MRT buat ramai tergaman
Puteri Sarah Liyana mahu cari cinta baharu, harap dipertemukan jodoh