Caprice beri penjelasan kenapa Ebit Lew menang kes saman

Photo of author

By Syima Iza

Caprice beri penjelasan kenapa Ebit Lew menang kes saman.

Hari ini, pendakwah kontroversi, Ebit Irawan bin Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ebit Lew, melalui laman sosial miliknya memberitahu bahawa dia telah menang kes saman terhadap Dita Restu atau lebih dikenali sebagai Mondy.

Menurut hantarannya itu, pempengaruh dari Indonesia tersebut diminta untuk membayar RM 20,000 kepada pendakwah selebriti tersebut.

Caprice beri penjelasan kenapa Ebit Lew menang kes saman

“Alhamdulillah syukur pada Allah, saya menang saman terhadap Mondy atau Dita Restu dan beliau diminta membayar RM20 ribu kepada saya yang diputuskan oleh Mahkamah Seksyen Shah Alam.

Saman saya terhadap Caprice yang menyiarkan podcast itu akan berlangsung pada Mei 2025 ini, insyaAllah, setelah menunggu setahun,” tulisnya.

Dalam hantaran tersebut, Ebit turut berkongsi tangkap layar writ saman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Selepas hantaran itu dimuat naik, Caprice menerusi Instagram miliknya menjelaskan mengapa pendakwah itu menang kes saman tersebut.

“Sebab orang tu tak pernah muncul atau hadir = automatik ‘menang’. Dah 3 kali kot Cap post komen. Admin tengah rajin delete komen kot?

Tak apa guys, semalam member kalah, dia pun nak rasa dia ‘menang’, so kita kasi lah dia happy sikit. Weekend ni kita cover kes Tenom. InsyaAllah,” tulis Caprice.

Menurutnya, kes saman itu dimenangi oleh Ebit Lew kerana Mondy tidak hadir ke mahkamah apabila dipanggil dan disebabkan itu, mahkamah berpihak kepada Ebit Lew.

Sebelum ini, Mondy membuat laporan polis berhubung gangguan seksual yang didakwa dilakukan oleh pendakwah terbabit, namun Ebit juga membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya serta satu lagi laporan penafian kes gangguan seksual.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Baca Lagi:
Ini penjelasan UM selepas kecoh lagu kebangsaan China dimainkan dalam dewan
Ramai puas hati lihat penunggang motosikal jatuh ‘Cium’ jalan selepas tak lepas menyelit di lorong tol
Harta tak pernah habis sampai bila-bila, kenali 10 keluarga paling kaya di dunia