Canggih! Wanita jumpa semula kucing hilang menggunakan Apple AirTag

Canggih! Wanita jumpa semula kucing hilang menggunakan Apple AirTag

Canggih! Wanita jumpa semula kucing hilang menggunakan Apple AirTag. Umum pasti mengetahui jenama teknologi Apple mempunyai produk dipanggil sebagai AirTag yang berfungsi untuk memudahkan anda mengesan sesuatu barangan.

Sebagai contoh ada yang menggunakannya pada kunci kereta, barangan istimewa dan ada juga yang memakaikannya kepada haiwan peliharaan agar mudah dicari sekiranya berada di luar kawasan rumah.

Wanita jumpa semula kucing hilang menggunakan Apple AirTag
Perkara ini samalah seperti apa yang terjadi kepada sebuah keluarga di Singapura ini, apabila berjaya menjejaki kucing peliharaan menggunakan Apple AirTag yang dipakaikan kepada haiwan berkenaan.

Canggih! Wanita jumpa semula kucing hilang menggunakan Apple AirTag

Memetik Mothership, menerusi video tular yang dikongsikan oleh @osrastays di TikTok pada 17 Januari lalu, kucing peliharaannya yang digelar Tofu telah hilang selama satu hari.

“Syukur kerana AirTag berkenaan dapat mengesan Tofu berada di sekitar Marina Coastal Expressway,” katanya.

Difahamkan, pencarian kucing itu turut melibatkan banyak pihak seperti keluarga dan juga rakan kepada abangnya.

Kucing hilang dikesan di lebuh raya
Menerusi tangkap layar dalam video tersebut kelihatan Tofu berada di sebuah kawasan di lebuh raya tersebut yang berdekatan dengan Marina South Pier.

Wanita itu pada awalnya menjangkakan terdapat seseorang yang bertindak telah membuang rantai atau kolar AirTag yang dipakai oleh Tofu dan membuangnya di kawasan itu sebelum mengambil kucing terbabit.

Namun, pada jam 11.30 pagi AirTag tersebut telah beralih ke kawasan parkir kenderaan. Dia kemudian menjangkakan individu yang mengambil kucingnya itu pasti sudah membawa haiwan berkenaan ke kawasan lain.

Walau bagaimanapun pada jam 12.30 tengah hari, AirTag itu dikesan sekali lagi bergerak kembali ke kawasan lebuh raya terbabit.

Perkara itu membuat mereka pelik dan mengambil keputusan untuk pergi ke lebuh raya terbabit untuk mencari Tofu di kawasan tersebut.

Mereka kemudian meletakkan kenderaan di bahu jalan lebuh raya dan mula mencari kucing itu di kawasan pokok landskap berdekatan.

“Ia sangat bahaya, tetapi Suveen kata Tofu mungkin berada di situ. Dan kami tidak mahu berputus asa,” ujarnya.

Jumpa kucing kesayangan di pokok landskap yang tebal
Sebaik sahaja mendekati pokok landskap itu, AirTag tersebut secara tiba-tiba mengeluarkan bunyi bip berulang kali sebelum mereka menjumpai Tofu di sebalik rimbunan pokok landskap yang tebal.

Suami kepada wanita itu dengan segera masuk ke kawasan pokok landskap itu untuk mengambil Tofu yang berada di celahan akar yang ditutupi dengan rimbunan daun yang tebal.

Menurut wanita itu, kucing tersebut dari Geylang dan dijumpai di Marina Coastal Expressway dan berdasarkan carian di Google jarak kawasan itu lebih kurang 8.7 kilometer.

Pemilik kucing itu menyangka Tofu mungkin telah menaiki sebuah kenderaan dan cuba untuk melarikan diri tetapi berakhir di sebuah lebuh raya.

Di hujung video itu, wanita tersebut turut menunjukkan keadaan si manjanya yang telah selamat pulang ke rumah selain turut berterima kasih kepada pihak yang telah membantunya.

Dia juga dalam masa turut mengucapkan terima kasih kepada jenama Apple kerana teknologi itu berjaya menemukan Tofu semula.

@osrastays 😭 Tofu the cat went missing. He had an airtag around his collar. We opened the app & found him located at Marina Coastal Expressway… In our minds someone must have thrown the tag along the way.. Thankful for friends & family who helped us find Tofu. We are also thankful for Apple Singapore for creating airtags.. Here’s our Tofu Tragedy… Tofu never gave up on us , so did we…We love you Tofu 🥹 #sgfyp #sgtrending #mothershipsg #sgtiktok #tiktoksingapore #catssg #fypシ #viralsg #tiktoksgviral #airtag #airtagsapple #tofuthecatsg ♬ A thousand years – Zeus

Baca Lagi:
Tiga budak maut terbelit tali layang-layang
Kereta terjun tasik, lelaki ini jadi ‘Hero’ selamatkan tiga individu hampir lemas
YouTuber UK jatuh cinta dengan burger Ramly dakwa burger terbaik pernah dimakan
CATEGORIES