‘Cahaya hantu’ muncul di jambatan sejak 6 dekad lalu masih belum terungkai

Photo of author

By Syima Iza

‘Cahaya hantu’ muncul di jambatan sejak 6 dekad lalu masih belum terungkai.

Satu fenomena ganjil dan menyeramkan yang dinamakan ‘cahaya hantu’ di negeri Florida masih belum terungkai sejak enam dekad lalu, lapor akhbar New York Post semalam.

Ahli sejarah tempatan, Jason Byrne berkata, cahaya terang itu telah dilihat di Jalan Snow Hill yang menghubungkan Chuluota ke Geneva, Florida sejak tahun 1960-an lagi.

'Cahaya hantu' muncul di jambatan sejak 6 dekad lalu masih belum terungkai

Cahaya berwarna biru itu muncul terutamanya pada musim sejuk dan sekitar waktu tengah malam. Ia kelihatan menghampiri sebuah jambatan dari arah selatan di atas Sungai Econlockhatchee.
Cahaya tersebut seolah-olah menggambarkan pergerakan sebuah kereta yang semakin dekat, demikian menurut catatan blog yang ditulis oleh ahli sejarah itu.

“Dari kejauhan, ia kelihatan seperti cahaya lampu kereta. Namun, apabila semakin hampir, beberapa saksi berkata, cahaya itu sangat terang, seperti lampu kereta api barang, dan tidak pernah terpisah menjadi dua.

“Jika anda memandu ke sana, tunggu sehingga waktu tengah malam dan cari lampu legenda ini,” kata Byrne kepada saluran berita News 6.

Baca Lagi:
Guru paksa anak murid beli insurans jika mahu dilantik jadi pengawas sekolah
Peniaga makanan tampil mohon maaf, jelas maksud ‘berayaq’ yang sebenar
Ahli Parlimen Thailand dedah perangai rakyat Kelantan