Cacing ditemui dalam otak gadis 23 tahun angkara makan makanan ini

Photo of author

By Syima Iza

Cacing ditemui dalam otak gadis 23 tahun angkara makan makanan ini.

Pada 16 Februari 2006, pakar bedah otak Hospital Arizona di Amerika Syarikat, Dr. Peter Nakaji, mengesahkan cacing boleh hidup dalam otak manusia. Ini berdasarkan kepada penemuan yang dibuat secara klinikal ke atas seorang pesakit bernama Rosemary Alvarez yang 23 tahun.

Pada mulanya, Rosemary bertemunya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selepas kerap sakit kepala dan pening-pening serta mengalami masalah pandangan kabur secara tiba-tiba. Rosemary juga sering merasakan ada sesuatu yang sedang bergerak-gerak di dalam otaknya.

Cacing ditemui dalam otak gadis 23 tahun angkara makan makanan ini
Gambar hiasan
Tanpa disangka, sewaktu datang ke bilik kecemasan hospital berkenaan untuk membuat pemeriksaan, gadis itu disahkan mempunyai tumor otak. Ini berdasarkan kepada keputusan ujian sinar-x yang dibuat padanya. Tidak puas hati dengan keputusan itu, Rosemary sekali lagi datang ke bilik kecemasan bagi mendapatkan pengesahan lanjut daripada pakar perubatan.

Dr. Peter melakukan ujian C.T Scan untuk mengimbas otak Rosemary bagi mengesahkan kedudukan tumor tersebut. Alangkah terkejutnya Dr. Peter, sewaktu ujian itu dilakukan, beliau melihat terdapat suatu objek yang bergerak-gerak seperti ulat di dalam otak gadis tersebut.

Pada peringkat itu, beliau masih belum berapa yakin apa yang ada di dalam otak gadis berkenaan. Baginya, tidak mungkin ulat atau cacing boleh hidup dalam otak manusia.

Setelah itu, Dr. Peter mengambil keputusan untuk melakukan ujian MRI pula bagi menentukan apakah sebenarnya objek yang bergerak yang dijumpainya semasa ujian C.T Scan tadi. Memang mengejutkan apabila Dr. Peter mendapati ia adalah sejenis cacing dan sesuatu yang cukup kritikal adalah cacing ini sedang memasuki liang darah di dalam otak Rosemary.

Jika tidak dikeluarkan segera cacing ini, berkemungkinan otak Rosemary akan dirosakkan dan derianya akan terganggu. Ini kerana cacing itu dilihat sedang menghala ke bahagian pangkal otak iaitu bahagian yang menyambung hemisfera serebral dengan korda spina yang terdiri daripada medula oblongata, pons dan otak tengah.

Cacing ditemui dalam otak gadis 23 tahun angkara makan makanan ini

Dr. Peter mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan dengan segera. Setelah beberapa jam bertungkus lumus, akhirnya cacing tersebut berjaya dikeluarkan.

Cacing ditemui dalam otak gadis 23 tahun angkara makan makanan ini

Bagaimanakah cacing itu boleh ada di dalam otak Rosemary? Apabila sedar daripada bius, Rosemary memberitahu beberapa minggu sebelum itu dia ada memakan daging babi separuh masak. Selepas itulah dia mula mengalami masalah penglihatan, pening dan berasa seperti ada sesuatu yang bergerak-gerak di dalam otaknya.

Dr. Peter turut mengesahkan, pengambilan daging babi memang boleh menyebabkan cacing parasit masuk ke dalam tubuh manusia. Cuma yang menjadi persoalan, pergerakan cacing parasit dari babi ini bergerak dengan begitu cepat hingga berjaya masuk ke dalam salur darah otak manusia.

Cacing Dalam Mata

Sementara itu di Kragujevac, Serbia, pernah dilaporkan kes di mana seorang doktor berjaya mengeluarkan seekor cacing sepanjang 11 sentimeter yang masih hidup di dalam soket mata seorang wanita berusia 37 tahun.

Doktor tersebut, Radomir Stojicevic memberitahu media negara tersebut, berkemungkinan cacing parasit itu keluar dari saluran darah wanita itu lalu masuk ke dalam matanya. Cacing ini sebenarnya dikenali sebagai nematodedan ia merupakan parasit halus yang berupaya untuk masuk ke dalam liang darah seseorang.

Cacing ditemui dalam otak gadis 23 tahun angkara makan makanan ini

Di Afrika, cacing yang dijumpai Radomir dinamakan sebagai Loa-loa. Ia mampu bertelur di dalam salur darah dan membiak dengan dengan cepat.

Selain itu, pernah juga dilaporkan pada tahun 2001, seorang wanita bernama Dawn Becerra juga mengalami masalah cacing di otaknya. Keadaannya itu disahkan oleh doktor. Menurut Becerra, dia dijangkiti cacing selepas memakan taco babi sewaktu berkunjung ke Maxico.

Jelas Becerra, selepas memakan daging itu, dia mula berasa sakit pada bahagian kepalanya. Pada mulanya Becerra menyangka itu hanyalah penyakit kepala biasa tapi malangnya selepas membuat pemeriksaan di klinik , dia didapati menghidap Neurocysticercosis akibat pembiakan cacing di dalam otaknya.

Pakar bedah otak di klinik tersebut terpaksa melakukan pembedahan dengan segera sebelum cacing tersebut terus membiak dan bilangannya menjadi bertambah banyak. Selepas enam jam pembedahan itu berlangsung, cacing-cacing tersebut berjaya dikeluarkan.

Sumber

Baca Lagi:
Faye Kusairi menangis! terharu nasi ayam ‘sold out’, sedih ramai tak dapat beli
“Jangan sebarkan berita palsu, tuan badan sudah selamat sampai rumah” – Tular Syamsul Debat meninggal dunia dalam kemalangan tidak benar
Restoran Seafood jual sotong manis harga RM50 seekor kena serbu