Burung sesat masuk flat, sekeluarga dalam ketakutan sembunyi dalam bilik, amah jadi ‘wirawati’

Burung sesat masuk flat, sekeluarga dalam ketakutan sembunyi dalam bilik, amah jadi ‘wirawati’

Burung sesat masuk flat, sekeluarga dalam ketakutan sembunyi dalam bilik, amah jadi ‘wirawati’.

Seekor burung terbang ke dalam sebuah flat sehingga menyebabkan penghuninya ketakutan, lapor portal berita asiaone hari ini.

Rakaman video kejadian yang dikongsi pengguna TikTok menerusi akaun Pakalupap1t00 menunjukkan burung sesat itu terbang di dalam kediaman itu sehingga mencetuskan situasi ‘huru-hara’.

Burung sesat masuk flat, sekeluarga dalam ketakutan sembunyi dalam bilik, amah jadi 'wirawati'

Bapa keluarga itu dikatakan bersembunyi di dalam sebuah bilik, manakala ibu dan anak-anaknya menjerit ketakutan. Kejadian berlaku malam kelmarin.

Bagaimanapun, seorang pembantu rumah wanita datang membantu menangkap haiwan tersebut.

“Ia cuma seekor burung,” katanya ketika cuba menangkap haiwan itu.
Burung tidak diketahui spesiesnya itu akhirnya hinggap di dalam tandas flat berkenaan.

Pembantu rumah itu pantas menangkap burung itu dan melepaskannya melalui tingkap flat.

@pakalupap1t00 My helper became a Skye main that night #fyp ♬ original sound – B

Baca Juga:
Muka berlubang, dah macam ‘jalan tar’ – Gadis menangis dihina teman wanita bekas kekasih
Guru bahasa Inggeris pilihan hati Kid Search
Isteri Shuib berputih mata rugi RM100,000 akibat tamak keuntungan segera
CATEGORIES