Burung gagak serang bendera Israel tular seolah petanda. Video burung gagak ‘menyerang’ bendera negara haram Israel di pintu masuk penempatan di Tebing Barat yang diduduki dikongsi secara meluas baru-baru ini.
Dalam video itu, penceroboh haram Yahudi kedengaran menjerit dalam bahasa Ibrani kepada burung itu supaya meninggalkan bendera berkenaan.
Seorang lelaki menyifatkannya sebagai ‘anarkis’, apabila di akhir video, burung gagak mencabut bendera dari tiang, dan lelaki itu mengakui terkejut dengan kejadian tersebut.
Di Gaza, aktivis Palestin Jihad Helles menulis ciapan: “Gagak ini sekali lagi mengajar kita apa yang perlu dilakukan”, merujuk kepada kisah yang dipetik dalam Bible dan Al-Quran, apabila seekor burung gagak mengajar Qabil bagaimana untuk mengebumikan saudaranya Habil, yang baru sahaja dibunuh.
“Burung gagak itu telah dihantar oleh Tuhan kepada Qabil ketika dia membunuh saudaranya Habil, untuk mengajarnya cara menguburkan saudaranya. Maha Suci Allah, burung gagak ini menuju ke bendera Zionis mewakili mereka yang ditindas,” katanya.
Wartawan Haaretz, Nir Hassoun, yang menyiarkan semula video ini di akaun Twitternya, menulis ciapan di laman Twitter: “Tuhan sudah pasti memberi petanda sesuatu, tetapi kita tidak tahu apa sebenarnya.”
THIS is NOT the first time crows attack Israeli flag
– It’s known in Qur’an that Children of Israel are ungrateful
– Qur’an mentions story of Qabil killing Habil, and Allah sends down two crows to show him how to bury the dead body of his brother.Now we witness this miracle… pic.twitter.com/zqy7PQjRU2
— One True Path (@OneTruePath1) May 8, 2023
Seorang pengguna Palestin hanya menjawab: “Bahkan burung gagak menolak normalisasi,” merujuk kepada penubuhan hubungan diplomatik antara beberapa negara Arab dan Israel.
Manakala yang lain bertindak balas dengan menerbitkan video burung lain – dan seekor kucing – menyerang bendera Israel.