Bunyi seram beb! Kecoh satu kampung penampakan pocong di Felda Sungkai. Satu video perkongsian yang memaparkan penampakan makhluk halus berbalut dengan kain putih didakwa sebagai ‘pocong’ tular di media sosial.
Video tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama @rose_alin di akaun TikTok miliknya.
Video berdurasi 15 saat itu telah menunjukkan kelibat berwarna putih yang didakwa sebagai pocong mengeluarkan bunyi yang pelik.
Pocong bunyi seram
Bunyi yang menyeramkan tersebut didakwa milik pocong terbabit.
Sehingga artikel ini ditulis, video yang dimuat naik pada hari Jumaat, 23 Februari tersebut telah mendapat tontonan melebihi 2.9 juta tontonan.
Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan
Menerusi video itu lagi, kejadian penampakan pocong itu didakwa berlaku di sebuah kampung yang terletak di salah satu Felda di Sungkai.
“Kecoh satu kampung baru-baru ni, pocong merata-rata diorang jumpa. Lokasi salah satu Felda di Sungkai,” tulis perkongsian video lelaki tersebut.
Meninjau lanjut ke akaun tersebut, terdapat satu lagi muat naik video penampakan itu dan ditulis sebagai bahagian dua.
Dakwaan muat naik video bahagian kedua itu, terdapat beberapa orang penduduk kampung yang pernah ternampak wajah pocong tersebut dalam keadaan berulat.
“Ada yang ternampak berulat mukanya. Seram aihh,” tulis video bahagian kedua berkenaan.
AMARAN KERAS: Pembesar suara yang terlalu lantang dikhuatiri mampu menarik perhatian pocong untuk mendampingi anda. Viewer discretion is advised. pic.twitter.com/8fKgCCcBuh
— Jeffrey Zain (@mrcreepyposta) February 24, 2023
Perkongsian video seram tersebut telah mendapat reaksi pelbagai tentang penampakan makhluk halus terbabit. Banyak komen yang telah ditinggalkan oleh pengguna TikTok berkaitan muat naik video tersebut.
Terdapat beberapa komen yang mendakwa bunyi yang menyeramkan tersebut memang betul milik pocong berkenaan.
“Betul bunyi pocong memang macam ni. Saya pernah kena dulu waktu kem komando dulu,” tulis seorang netizen yang mempunyai pengalaman mendengar bunyi seram tersebut.