Bungkusan pelik ditemui atas pusara ayah Muhyiddin, netizen kata ‘buhul sihir’

Bungkusan pelik ditemui atas pusara ayah Muhyiddin, netizen kata ‘buhul sihir’

Bungkusan kecil yang diikat dengan benang seakan-akan buhul sihir di atas kubur Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad, mengejutkan ahli keluarga yang menziarahi pusara tersebut pada pagi Hari Raya Aidiladha.

Allahyarham Mohamad Yassin merupakan ayah kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menerusi perkongsian video berdurasi 27 saat di TikTok, jelas kelihatan banyak bungkusan kecil tersebut di atas pusara yang dikutip oleh ahli keluarga di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1, Muar.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal ketika dihubungi menyatakan kesedihannya dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi perbuatan tersebut bertentangan dengan agama.

Bungkusan pelik ditemui atas pusara ayah Muhyiddin, netizen kata 'buhul sihir'

“Malah, abang di dalam video yang tular itu juga merupakan keluarga Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

Dr. Sahruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang boleh mengganggu keharmonian, apatah lagi ia salah di sisi agama dan undang-undang.

“Saya minta ahli keluarga yang melihat kejadian itu agar segera membuat laporan polis. Pihak polis juga perlu mengambil tindakan bagi menjamin ketenteraman semua orang,” katanya.

Allahyarham Mohamad Yassin meninggal dunia pada tahun 1975 pada usia 73 tahun. Pada tahun 1955, Allahyarham menerima Pingat Sultan Ibrahim sebagai pengiktirafan beliau sebagai salah seorang daripada 40 tokoh ulama Johor.

Sebelum itu, video terbabit mendapat perhatian ramai yang ingin mengetahui tentang bungkusan tersebut.

Menerusi video yang mendapat lebih daripada 1,000 komen, ada yang menyatakan ia merupakan buhul sihir.

@sinarharianonlineBungkusan kecil yang diikat benang seakan-akan buhul sihir di atas kubur Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad, mengejutkan ahli keluarga yang menziarahi pusara tersebut pada pagi Hari Raya Aidiladha. Allahyarham Mohamad Yassin merupakan ayah kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menerusi perkongsian video berdurasi 27 saat di TikTok, jelas kelihatan banyak bungkusan kecil tersebut di atas pusara yang dikutip oleh ahli keluarga di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1, Muar. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Tular #Viral #Kubur #Pusara #MuhyiddinYassin #Bungkusan #MohamadYassin

♬ Astaghfirullah – Hafiz Hamidun

Baca Juga:
Penyanyi terkenal Mesir, Amr Diab disaman kerana tampar peminat di majlis perkahwinan
*Hanya belajar dari you tube, pak guard selamba main piano lagu ‘Golden Hour’ buat netizen terkejut
Tapak tangan misteri muncul di cermin solek – ‘Netizen menggigil selepas tonton video’
CATEGORIES