Buli: Pelajar tingkatan satu ditumbuk sehingga sesak nafas, dipijak sampai pengsan

Buli: Pelajar tingkatan satu ditumbuk sehingga sesak nafas, dipijak sampai pengsan

Buli: Pelajar tingkatan satu ditumbuk sehingga sesak nafas, dipijak sampai pengsan.

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengesahkan terima laporan berhubung kejadian seorang pelajar tingkatan satu dipukul di sebuah sekolah menengah di sini semalam.

Mangsa dikatakan pelajar tingkatan satu, disyaki dipukul pelajar tingkatan dua sekolah sama.

Menurut Pengarah JPNT, Abdul Muie Ngah pihaknya dimaklumkan oleh pengurusan sekolah, kejadian berlaku selepas waktu persekolahan.

Buli: Pelajar tingkatan satu ditumbuk sehingga sesak nafas, dipijak sampai pengsan

Beliau berkata, hasil daripada laporan yang diberikan pihak pengurusan sekolah, kejadian berlaku dalam kawasan sekolah ketika pelajar mahu pulang ke rumah.

“Kita masih siasat punca hingga berlaku pergaduhan itu dan laporan awal yang saya terima hanya membabitkan pelajar tingkatan dua dan satu yang juga mangsa.

“Malah, sebaik mengetahui kejadian itu, guru sekolah terbabit mengambil langkah segera menghantar pelajar ke sebuah klinik bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, satu video tular di aplikasi TikTok mengatakan pelajar sekolah menengah di daerah ini dipukul tiga pelajar tingkatan dua.

Dalam video itu juga mendakwa mangsa dikatakan ditumbuk sehingga sesak nafas dan dipijak hingga pengsan dan ramai yang melihat, tapi tidak mampu melawan.

Abdul Muie berkata, pihaknya dimaklumkan pengetua sekolah terbabit sudah pergi ke rumah pelajar terbabit dan masih menunggu laporan hasil daripada perjumpaan itu.

Beliau berkata, pihaknya juga akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sekiranya keluarga pelajar terbabit membuat laporan polis.

“Setakat ini, pihak pengurusan sekolah pergi berbincang dengan keluarga pelajar terbabit bagi menyelesaikan perkara ini.

“JPNT sentiasa menitikberatkan pembelajaran dalam suasana harmoni dan menggelakkan perkara tidak diingini berlaku di sekolah,” katanya.

Baca Lagi:
Budak bangsa Cina fasih berbahasa Tamil dengan jiran buat warganet kagum
Paris Hilton kena serbu di SOGO! Penampilan sopan dan tak sombong dapat pujian peminat
Pengunjung Taman Tema terkemuka alami detik cemas ‘Rides’ tergantung selama 15 minit sampai basah kuyup
CATEGORIES