‘Buktikan saya rasuah YDPA hingga RM1 billion’ – Tun M

‘Buktikan saya rasuah YDPA hingga RM1 billion’ – Tun M

‘Buktikan saya rasuah YDPA hingga RM1 billion’ – Tun M.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa pihak yang menuduhnya telah merasuah Yang di-Pertuan Agong dari RM500 juta hingga RM 1 bilion untuk menampilkan bukti.

Menurut Mahathir, hanya mereka yang bersifat pengecut sahaja akan melemparkan dakwaan seperti itu dan menyembunyikan identiti.

'Buktikan saya rasuah YDPA hingga RM1 billion' - Tun M

“Seperti yang semua orang tahu Anwar pernah berkata saya ada berbilion ringgit. Diminta tunjukkan bukti saya ada duit, sampai sekarang dia belum dapat buktikan saya ada duit.

“Sekarang kenyataan bahawa saya merasuah Agong dengan RM1 bilion bermakna saya ada wang.
“Jika Anwar tidak dapat membuktikannya sehingga kini mungkin pencetus kenyataan itu harus menunjukkan kepada Anwar bahawa saya mempunyai wang untuk merasuah,” katanya dalam kenyataan.

Mahathir berkata, pihak yang melemparkan fitnah tersebut seolah-olah turut mencadangan agar Yang di-Pertuan Agong ditangkap kerana menerima rasuah daripada beliau.

“Adakah beliau mempunyai bukti bahawa Agong mengambil 1 bilion ringgit daripada saya? Sila juga buktikan bahawa saya mempunyai wang,” kata Mahathir.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu turut menempelak Setiausaha Politik Kanan kepada Anwar, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kerana menyarankan pengharaman terhadap cakap-cakap mengenai penyingkiran perdana menteri.

“Kita tidak boleh bercakap tentang 3R. Kita tidak boleh mempolitikkan bajet. Sekarang kita tidak boleh bercakap tentang penggulingan PM.

“Jadi tiada siapa boleh bercakap tentang apa-apa. Dan inilah Kerajaan yang dipimpin oleh seorang lelaki yang sebelum ini bercakap tentang reformasi, tentang kebebasan dan lain-lain,” katanya.

Shamsul Iskandar sebelum iini membuat laporan polis mengenai ‘Langkah Dubai’ yang didakwa merupakan gerakan untuk menjatuhkan Anwar sebagai perdana menteri.

Laporan itu bertujuan untuk menamatkan spekulasi yang boleh mencetuskan keresahan rakyat dan memberi kesan terhadap keyakinan para pelabur.

“Saya ambil pendirian hari ini untuk buat laporan supaya siasatan boleh dilakukan kerana selama ini kita berdiam.

“Apabila nampaknya (gerakan ‘Langkah Dubai’) menguasai media sosial dan persepsi rakyat, saya fikir ia perlu ditamatkan,” katanya katanya ketika ditemui pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Isnin.

Baca Juga:
Pengunjung risau tengok harimau putih di Zoo Melaka, gelisah macam ada sesuatu, ini respon MPHTJ
Cikgu kantoi kutuk pelajar OKU dalam group WhatsApp, bapa pelajar OKU sempat ‘screenshot’ lapor kepada KPM
‘Lelaki terpaling halalan toyyiba’, dakwa susah cari makanan halal di Sabah, siap dedah gula & garam adalah racun dan sihir
CATEGORIES