Bukti kukuh main ‘Game’ bukan perkara sia-sia, rupanya boleh bawa banyak untung yang orang tak tahu.
Selalu dengar main game dapat skin, item, atau duit syiling dalam game saja, kan? Kalau nak hadiah duit pula, kena masuk kejohanan, bayar yuran, dan perlu menang sampai peringkat akhir. Tapi kali ini, Honor of Kings (HOK) buat sesuatu yang luar biasa!
HOK menawarkan hadiah yang boleh digunakan dalam dunia sebenar, bukan hanya dalam permainan. Yang paling menarik, mereka nak bagi 30 unit motor Yamaha Y15ZR V2 kepada pemain bertuah di Malaysia.
Motor ini juga akan dihias khas dengan custom wrap bertemakan HOK. Kalau korang bawa motor ini, semua orang akan tahu korang peminat tegar HOK.
Hadiah Untuk Semua
Bukan peminat motor? Jangan risau, HOK turut menyediakan pelbagai hadiah lain untuk semua kaki game, kaki gadget, dan kaki shopping.
Antara hadiah menarik yang menanti:
- Topi keledar Gracshaw dengan reka bentuk khas HOK.
- Telefon pintar Infinix Hot 50 dan fon telinga JBL Quantum 50.
- Baucar tunai JBL untuk peminat audio.
- Baucar tunai Aeon untuk kaki shopping.
- Diskaun istimewa dan tiket percuma ke Skyline Luge Kuala Lumpur untuk masa bersama keluarga.
- Item dalam game HOK secara percuma untuk pemain setia.
Tak Perlu Masuk Pertandingan
@honorofkings.my 🏍️𝟑𝟎 𝐌𝐎𝐓𝐎𝐑, 𝟑𝟎 𝐇𝐀𝐑𝐈, 𝟑𝟎 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆🎉 Dari 13 Dis – 12 Jan, kami akan bagi 1 Yamaha Y15ZR V2 Custom Wrap Edisi HOK SETIAP HARI! 🏆 Pemenang akan diumumkan setiap hari pada 10 malam – tapi bukan itu saja! Hadiah menarik lain pun menanti! 🎁✨ ⏳ Tinggal 6 hari lagi! Bersedia dan mula kumpul tuah korang sekarang! 🍀 𝐑𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐃𝐢 𝐇𝐨𝐧𝐨𝐫 𝐎𝐟 𝐊𝐢𝐧𝐠𝐬! ##honorofkings #HOKBOLEH #HOKRIDEOFGLORY ♬ original sound – Honor of Kings Malaysia
Yang bestnya, korang tak perlu masuk mana-mana pertandingan. Hanya main HOK macam biasa, ikut masa korang sendiri. Tak perlu terkejar-kejar atau bersusah payah sediakan baju pasukan.
Kempen ini dikenali sebagai Ride of Glory, dan ia terbuka kepada semua pemain HOK dengan akaun sah di Malaysia.
Cara Sertai Ride of Glory
Kempen ini berlangsung dari 13 Disember 2024 hingga 12 Januari 2025. Setiap hari, selama 30 hari kempen ini, seorang pemain bertuah akan diumumkan sebagai pemenang motor Yamaha Y15ZR V2.
Untuk menyertai:
- Log masuk ke akaun HOK korang.
- Kalau belum ada akaun, muat turun HOK dan daftar semasa kempen berlangsung.
- Pergi ke bahagian kempen Ride of Glory dalam permainan dan siapkan misi harian.
- Setiap misi yang disiapkan akan memberi korang tiket penyertaan untuk kempen ini. Lagi banyak misi disiapkan, lagi tinggi peluang untuk menang!
Pengumuman Pemenang
Bermula 13 Disember 2024, setiap hari jam 10 malam, pihak HOK akan memilih seorang pemenang secara rawak untuk motor Yamaha Y15ZR V2. Keputusan adalah muktamad.
Pemenang akan dimaklumkan melalui akaun HOK yang didaftarkan atau saluran rasmi lain. Kalau korang tak beri maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan, hadiah akan dibatalkan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman media sosial rasmi HOK.
Rebut Peluang Ini!
Inilah masa untuk buktikan hobi korang bermain game bukan sia-sia! Lagi seronok bila main bersama keluarga dan rakan-rakan, dan dapat hadiah, kenangan jadi lebih bermakna. Jangan lepaskan peluang untuk jadi salah seorang daripada 30 pemenang bertuah. Jom grind misi sekarang!