‘Bukan tengok saiz ketam sahaja’ – Ini cara pilih ketam isi penuh dengan betul

Photo of author

By Syima Iza

‘Bukan tengok saiz ketam sahaja’ – Ini cara pilih ketam isi penuh dengan betul.

Stresnya bila setiap kali pilih ketam mesti ‘kosong’ sahaja dalamnya, macam mana nak rasa puas setiap kali makan?

Rupa-rupanya ada cara untuk pilih ketam isi penuh dengan betul dan bukan hanya bergantung pada saiz ketam tersebut sahaja. Namun, ramai antara kita yang selalu salah memilih dan berasa hampa setiap kali makan ketam.

'Bukan tengok saiz ketam sahaja' - Ini cara pilih ketam isi penuh dengan betul

1.Semasa memilih ketam, pastikan ketam yang kita pilih tu berat. Kecil tak apa yang penting berat.

'Bukan tengok saiz ketam sahaja' - Ini cara pilih ketam isi penuh dengan betul

2.Gambar ni saya pinjam, sebab saya nak bagitahu perbezaan di antara ketam jantan dan betina. Ketam jantan bentuk 3 seginya kecil, ketam betina 3 seginya besar. Jadi kalau nak isi padu dan banyak telur pilih ketam betina.

'Bukan tengok saiz ketam sahaja' - Ini cara pilih ketam isi penuh dengan betul

3.Lihat tempat bertanda tu, pastikan tempat tu berwarna kuning atau keorenan.

'Bukan tengok saiz ketam sahaja' - Ini cara pilih ketam isi penuh dengan betul

4.Saya beli 4 ekor ketam tadi. Nampak tak telur ketam tu? Memang tak mengecewakan.

'Bukan tengok saiz ketam sahaja' - Ini cara pilih ketam isi penuh dengan betul

5.Setelah dicuci dan dibersihkan. Ini lah hasilnya. Alhamdulillah isi padu dan telur memang banyak.

'Bukan tengok saiz ketam sahaja' - Ini cara pilih ketam isi penuh dengan betul

6.Inilah hasilnya. Keempat-empat ketam yang saya pilih memang padu isinya. Kalau rasa tips saya berguna, bolehlah try nanti. Alhamdulillah. #SayaAnakNelayan

'Bukan tengok saiz ketam sahaja' - Ini cara pilih ketam isi penuh dengan betul

7.Begitu rupanya cara nak pilih ketam yang penuh dengan isi dan telur. Biasanya main beli je, tak tengok atau teliti apa-apa pun. Lepas ni bolehlah ikut cara dan tips ini, baru puas hati makan!

Namun begitu, ada juga dalam kalangan warga Twitter yang berkongsikan cara lain untuk tentukan waktu paling afdal untuk beli ketam yang mempunyai isi penuh.

Caranya adalah dengan tengok pada kalendar Islam dan bentuk bulan. Ia berkaitan dengan air pasang surut & tindak balas semulajadi ketam. Jadi, nak beli ketam dengan isi penuh, cari pada waktu bulan mengambang, dalam hari ke 14-17 kalendar Islam.

Baca Lagi:
Keranda hilang di masjid Selangor ditemui di masjid Johor
Huda Kattan diiktiraf usahawan Muslim paling berpengaruh di dunia
24 tahun diculik, suami peluk isteri setia menanti kepulangan undang ramai sebak