“Buka order cepat!”- Warganet tertarik dengan baju Melayu bertemakan Ultraman

Photo of author

By Syima Iza

“Buka order cepat!”- Warganet tertarik dengan baju Melayu bertemakan Ultraman.

Walaupun tinggal sebulan sahaja lagi sebelum tibanya bulan Ramadan, orang ramai sudah mula mencari tema baju raya untuk tampil unik pada pagi Syawal nanti.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah memuat naik koleksi gambar baju raya dengan elemen unik yang diinspirasikan daripada karakter adiwira Jepun, Ultraman.

"Buka order cepat!"- Warganet tertarik dengan baju Melayu bertemakan Ultraman

Dalam gambar tersebut, kelihatan seorang pemuda menggayakan baju raya dengan beberapa padanan warna menarik yang boleh dipilih. Menariknya, baju ini turut didatangkan bersama “Color Timer” (Karā Taimā), iaitu butang ikonik yang terletak di dada, serta corak garisan dan bentuk armor seperti suit sebenar adiwira terkenal itu.

Beberapa warna ditawarkan, antaranya oren, kelabu, ungu, hitam, dan lain-lain yang pastinya menarik perhatian peminat adiwira dari pelbagai lapisan umur.

Tular di TikTok, Rakyat Malaysia Teruja Nak Beli

Koleksi gambar baju raya bertema Ultraman untuk tahun 2025 ini mencetuskan fenomena apabila berjaya meraih lebih 1.2 juta tontonan, 55,000 tanda suka, dan pelbagai komen daripada netizen.

Seperti yang dijangka, ramai yang bertanya di mana boleh mendapatkan baju raya tersebut kerana berminat untuk membelinya.

Namun, sayangnya koleksi ini hanyalah gambar janaan AI dengan visual yang realistik semata-mata.

“Nak beli, tolong buat sekarang bang,” tulis seorang netizen.

“Mana beg kuning bang? Nak nombor 4 tu,” soal seorang lagi.

“Cakap sini habis sini. Tertarik! Buka order cepat,” gesa seorang pengguna.

Walaupun hanya rekaan digital, netizen masih berharap agar koleksi baju raya adiwira ini dapat direalisasikan oleh pereka tempatan kerana rekaannya tampak stylo dan menggamit memori buat para peminat setia Ultraman.

Baca Juga:
Tubuh isteri hancur direndam asid angkara perbuatan suami
Bawa ahli keluarga naik 2 helikopter sebab nak elak jalan jem di Bahau undang perhatian ramai
“Dia nak duit je”- Lelaki terkedu niat nak sedekah nasi arab dekat gelandangan tapi lain pula yang jadi…