Budaya ‘Claim Insurance’ makin menjadi-jadi, silap langkah nyawa boleh melayan.
Trend Melompat di Hadapan Kereta untuk Tuntut Pampasan Semakin Membimbangkan
Orang ramai melahirkan kebimbangan terhadap ‘trend’ berbahaya di mana individu dengan sengaja melompat di hadapan kereta bagi mendapatkan pampasan insurans.
Terbaharu, sebuah rakaman kamera papan pemuka (dashcam) tular di media sosial, memaparkan seorang lelaki tiba-tiba melompat di hadapan sebuah kereta di Jalan Duta. Namun, pemandu kereta berkenaan sempat mengelak daripada melanggar lelaki tersebut.
Kebimbangan Orang Awam
Tinjauan di media sosial mendapati ramai pengguna meluahkan kebimbangan terhadap situasi ini, terutama jika mereka terlibat dalam kejadian serupa tanpa bukti seperti rakaman dashcam.
Seorang pengguna, @mhmmdhsm, berkata, “Budaya ‘claim insurance’ makin menjadi-jadi dah ini. Kalau silap langkah, nyawa dia melayang dengan tuan kereta masuk gaung.”
Budaya claim insurance makin menjadi2 dah ini kalau silap langkah nyawa dia melayan dengan tuan kereta masuk gaung.
Dah la menurun bukit jalan duta ! Kereta2 sekarang wajib ada dashcam dah tidak susah takda bukti. pic.twitter.com/g4atM0rfSv
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) November 14, 2024
“Gila nak mati ke apa ni? Memang menempah maut,” ujar pengguna lain, @Captain.
Pengguna @Nur pula menyatakan kebimbangannya, “Risaunya kalau kena macam ini lepas itu dalam kereta tak ada ‘dash cam’.”
Harapan kepada Pihak Berkuasa
Ramai yang berharap pihak polis mengambil tindakan segera untuk menangani isu ini. “Ini semakin berleluasa. Saya harap PDRM lakukan sesuatu!” kata seorang pengguna, @Kammo.
Kejadian ini menyerlahkan kepentingan memiliki dashcam sebagai perlindungan tambahan bagi pemandu, serta perlunya tindakan tegas terhadap mereka yang sengaja membahayakan nyawa dan keselamatan jalan raya demi keuntungan peribadi.