Budak perempuan pegang ular hidup masuk dalam rumah, keluarga lari lintang pukang tinggalkan bayi

Photo of author

By Syima Iza

Budak perempuan pegang ular hidup masuk dalam rumah, keluarga lari lintang pukang tinggalkan bayi.

Sebuah klip video tular di media sosial India memaparkan seorang budak perempuan mengejutkan keluarganya dengan membawa pulang seekor ular ke dalam rumah mereka, lapor laman berita Ary News.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @f_l_addiction.official.

Budak perempuan pegang ular hidup masuk dalam rumah, keluarga lari lintang pukang tinggalkan bayi

Berdasarkan rakaman tersebut, budak perempuan itu berjalan ke pintu depan rumahnya dengan memegang seekor ular yang masih hidup.

Apabila beberapa wanita yang duduk di ruang tamu rumah itu melihatnya, mereka segera melarikan diri kerana takut.

Mereka malah meninggalkan beberapa bayi yang berada dilantai sambil meminta ular itu dibuang.

Budak perempuan itu akhirnya dibawa ke lokasi lain oleh beberapa orang dewasa untuk menjauhkan ular itu daripada rumah tersebut.

Baca Lagi:
Suami minta gambar isteri tidak pakai baju sebab berjauhan, haram atau halal?
Ramai tak tahu cara mudah siat ‘jaket’ ikan cencaru tanpa tercarik isi, hanya guna tuala, tisu
Seram! Pemuda rakam entiti mengerikan dalam kereta seperti mayat mangsa rentung di jalan Gua Musang