Budak perempuan menangis kena kurung dalam tandas pesawat.
Dua wanita di China mencetuskan perdebatan di media sosial selepas dilaporkan mengunci seorang kanak-kanak yang bising di dalam tandas pesawat sebagai cara mendisiplinkan anak kecil tersebut.
Menurut laporan South China Morning Post (SCMP), pada 24 Ogos, seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun sedang dalam perjalanan bersama datuk dan neneknya dalam penerbangan dari Guizhou di barat daya China ke Shanghai.
Kanak-kanak itu menangis sepanjang penerbangan, seperti yang dilaporkan oleh Shangyou News.
Seorang wanita yang duduk berhampiran kanak-kanak tersebut berkongsi di media sosial bahawa ramai penumpang memasukkan tisu ke dalam telinga mereka, dan ada juga yang berpindah ke bahagian belakang pesawat.
Wanita itu mendakwa telah cuba menenangkan anak kecil itu dengan menunjukkan video hiburan, namun usahanya gagal.
#International l 2 #Chinese women face criticism for taking crying toddler from grandmother & locking her in plane’s toilet until she stops crying. Reportedly, this was done with the consent of grandmother to “educate her”.#Children #Education #Harassment #Trauma #Discipline pic.twitter.com/VLklHPhRox
— Lokmat Times Nagpur (@LokmatTimes_ngp) September 1, 2024
Kemudian, wanita tersebut bersama seorang lagi penumpang wanita membawa kanak-kanak itu ke dalam tandas pesawat dan mengunci pintu.
Kedua-dua wanita itu tidak saling mengenali antara satu sama lain.
Dalam video yang dimuat naik oleh salah seorang daripada mereka, mereka dilihat mengugut kanak-kanak tersebut dengan mengatakan bahawa jika dia terus menangis, mereka tidak akan membawanya kembali kepada neneknya.
Kanak-kanak itu mengetuk pintu tandas, mula-mula menangis dan kemudian berulang kali berkata “okey”. Wanita tersebut kemudian membawa kanak-kanak itu kembali ke tempat duduknya.