Budak perempuan India baca surah Al-Fatihah dengan lancar raih perhatian ramai.
Sebagai orang Islam, kita sedia maklum bahawa surah Al-Fatihah merupakan salah satu surah yang dihafal kerana sering dijadikan pembacaan ketika menunaikan kewajipan solat dalam kehidupan seharian.
Namun siapa sangka, selain muslim, ada juga individu yang beragama bukan Islam menghafal surah tersebut.
Buktinya, tular sebuah video di Tiktok yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berbangsa India membaca surah Al-Fatihah dengan lancar.
Budak perempuan yang dikenali sebagai Rashmika itu diminta oleh ibunya untuk membaca surah berkenaan buat rakan-rakan muslim.
“Rashmika, saya nak awak ‘nyanyikan’ doa untuk kawan muslim kita,” kata si ibu.
Sebaik sahaja disuruh, kanak-kanak tersebut terus memulakan bacaan dan dapat dilihat bacaannya lancar. Selepas sahaja menyelesaikan bacaan surah Al-Fatihah, Rashmika ditanya oleh ibunya bagaimana dia menghafal surah tersebut.
@dhacaayani79 Untuk Kawan Kawan Melayu Saya ❤️😍 #minyakkarucheeragam #poolangkilangumask #poolangkilangusoap #rambutlebat ♬ bunyi asal – SVD SIGNATURESTYLE
Kanak-kanak itu menjawab, dia hanya mempelajari surah berkenaan dengan sendiri. Menurut Rashmika, sekolahnya memainkan ‘lagu’ tersebut setiap hari sehingga dia boleh menghafal surah berkenaan.
“Saya belajar sendiri, sebab setiap hari mereka ‘nyanyi’ di sekolah, jadi saya belajar dengan cepat,” jelas Rashmika.