
Budak perempuan 5 tahun petah bercakap mengalahkan orang dewasa, kumpul 224,000 pengikut di TikTok
Budak perempuan 5 tahun petah bercakap mengalahkan orang dewasa, kumpul 224,000 pengikut di TikTok.
Umurnya baru lima tahun namun kepetahan Mika Safiya Muhammad Danial Faris bercakap ibarat orang yang sudah dewasa.
Lebih mencuit hati apabila melihat gayanya menyampaikan nasihat secara bersahaja dengan wajah comel dan ia membuatkan ramai kagum melihat Mika Safiya hingga membolehkannya mengumpul lebih 224,000 pengikut di TikTok.
Bercerita lanjut, bapa Mika Safiya, Muhammad Danial Faris Khairul Anuar, 33, berkata, anak sulungnya itu mula bercakap ketika berumur dua tahun.
Katanya, sejak kecil lagi Mika Safiya banyak duduk bersembang dengan orang lebih berusia menyebabkannya terikut dengan gaya percakapan itu.
“Dalam keluarga, tiada budak kecil kerana Mika (nama gelaran) adalah cucu sulung jadi setiap kali pulang ke kampung, Mika akan bersembang dan ‘berkawan’ dengan orang dewasa.
“Bagaimanapun, saya dan isteri (Nur Nabila Ismail, 32) nampak gaya percakapan Mika tak macam kanak-kanak biasa ketika kami tak sihat tahun lalu.
“Waktu itu, Mika datang kepada kami dan tanya ‘Mommy Daddy okay ke? Nak Mika ambilkan air? selain itu dia ingatkan supaya jangan ‘stress’ (tertekan).
@mika_and_daddy Kalau tempat kerja tak best. Mesti ada rasa malas pergi kerja kan? #mikashare #mikapodcast #mikaquotes #motivationalvideos #fyp #positivevibes #inspiring #fypシ #tiktokguru_malaysia #motivation #fypmalaysia #viralmalaysia ♬ original sound – Mika And Daddy
@mika_and_daddy Kadang kadang tak fair juga kan kena marah sebab salah orang lain. #mikashare #mikapodcast #mikaquotes #motivationalvideos #fyp #positivevibes #inspiring #fypシ #tiktokguru_malaysia #motivation #fypmalaysia #viralmalaysia ♬ original sound – Mika And Daddy
“Walaupun nampak biasa tapi kata-kata Mika itu beri impak besar kepada kami. Daripada situ mula sedar yang Mika suka memerhati hingga boleh cakap macam orang dewasa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Melihat kepetahan Mika Safiya mendorong Muhammad Danial Faris merakam dan memuat naik video anaknya memberi nasihat di TikTok.
Menurut Muhammad Danial Faris, niatnya hanya untuk menyimpan video dirakam dan dimuat naik sebagai kenangan namun tak sangka ramai suka mengikuti perkembangan anaknya.
“Saya mula merakam video sejak tahun lalu dan rakam tak tentu masa, ikut kesesuaian kerana Mika sudah masuk sekolah tadika.
“Setakat ini, Mika okay bila diajak buat video kerana dia nak buat orang gembira dan saya yang siapkan skrip kemudian Mika baca ikut caranya.
“90 peratus maklum balas diterima positif namun ada juga tak suka kerana anggap saya dan isteri gunakan anak untuk kepentingan peribadi.
“Bagaimanapun, salah satu sebab saya teruskan juga (muat naik video) kerana pernah ada seorang individu komen dia tak jadi bunuh diri selepas tonton video Mika dan tersentuh juga apabila dapat maklum balas itu,” katanya.
Muhammad Danial Faris berkata, sebagai bapa, dia dan isteri akan memberikan sokongan seandainya Mika Safiya mahu menceburi industri hiburan.
Katanya, ia kerana mereka nampak bakat semulajadi Mika Safiya selain ada beberapa tawaran berlakon termasuk dalam projek iklan diterima daripada syarikat produksi.
“Bagaimanapun, saya dan isteri sentiasa ingatkan Mika yang pelajaran tetap menjadi keutamaannya.
“Terima kasih kepada mereka yang mengikuti perkembangan anak kami daripada dulu hingga kini.
“Diharap nasihat Mika sampai ke hati mereka yang menonton dan beri manfaat kepada semua,” katanya.