Budak perempuan 5 tahun maut digilis lori

Photo of author

By Syima Iza

Budak perempuan 5 tahun maut digilis lori.

Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut digilis lori ketika bermain berhampiran rumahnya di Kampung Paya Mengkuang, Batang Tiga, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 5.25 petang itu, mangsa, Nur Qayra Quraisya Muhamad Qayyum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di simpang tiga.

Menurutnya, ketika kejadian kanak-kanak perempuan itu sedang bermain bersama saudaranya di sekitar tempat kejadian di celah pokok.

Budak perempuan 5 tahun maut digilis lori

“Ketika lori berkenaan ingin keluar simpang dan pemandunya sudah memastikan keadaan selamat untuk keluar, tiba-tiba kanak-kanak itu dikatakan datang dari celah pokok dan berlari ke arah lori yang sedang bergerak.

“Akibatnya pemandu yang tidak perasan kehadiran mangsa terlanggar mangsa hingga maut di tempat kejadian,” katanya dihubungi di sini.

Menurut Christopher, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka (HM) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.

“Pemandu lori berusia 37 tahun itu dibawa ke bahagian kecemasan HM untuk diambil sampel darah bertujuan mengesan kandungan alkohol dan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Baca Lagi:
Rider deman seminggu selepas duit RM1 bertukar jadi daun, bau perempuan itu busuk macam bangkai
Tanam 4 pokok ini sebagai ikhtiar ‘pagar rumah’ dari gangguan makhluk halus
Wanita sempat jerit minta tolong sebelum maut dibelit ular sawa