Budak perempuan 4 tahun naik motor buat aksi ‘superman’ cuit hati netizen

Photo of author

By Syima Iza

Sebuah video yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun yang gembira menaiki motor permainan di sebuah pasar raya di Muar, Johor, telah menjadi viral di media sosial.

Melalui perkongsian di laman TikTok Triple D’ Dessert, video berdurasi 0:27 itu menunjukkan reaksi bapa kanak-kanak yang terlihat pasrah melihat kelakuan anaknya.

Namun, bapa tersebut kemudian tergelak apabila anak perempuannya melakukan aksi ‘superman’ secara spontan.

Budak perempuan 4 tahun naik motor buat aksi 'superman' cuit hati netizen

Perkongsian video dari ibu kanak-kanak itu, Nur Hidayah Adilah Mohd Derin, 29 tahun, telah menarik perhatian ramai dengan 294,000 tanda suka.

Menurut Nur Hidayah Adilah, anak sulungnya itu adalah seorang yang ceria dan gemar melakukan aktiviti lasak.

“Kejadian itu berlaku selepas suami mengambil anak dari sekolah.
“Selepas pulang dari sekolah, mereka biasanya mahu singgah di kedai, jadi suami saya memenuhi kehendak mereka.

“Sebenarnya, video itu dirakam oleh kawan suami saya dan saya tidak menyangka ia akan menjadi viral,” katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian.

@ohmedia Bapak nya dah murung je muka tengok anak Kredit: TRiple D’Dessert #anakperempuan #anakbapak #sembangentertainment #ns ♬ original sound – Oh! Media

Baca Juga:
Ibu 3 anak panjat tiang elektrik setelah ‘kantoi’ ada kekasih gelap
Rekod 22 tahun Usain Bolt lebur! Bintang muda catat 0.07 saat lebih pantas
Imam terima kecaman hebat setelah dakwa telah ‘menelefon’ ALLAH sebelum sambut Aidilfitri awal