Budak perempuan 13 tahun layari artikel ‘How to die in apartment’ sebelum ditemui maut terjatuh tingkat 16 pangsapuri

Photo of author

By Syima Iza

Budak perempuan 13 tahun layari artikel ‘How to die in apartment’ sebelum ditemui maut terjatuh tingkat 16 pangsapuri. Seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 di sebuah pangsapuri di Jinjang Utara, Kuala Lumpur, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihak polis telah menerima panggilan daripada orang awam tentang kejadian tersebut kira-kira pukul 4.15 petang.

“Siasatan pasukan polis dari Balai Polis Jinjang mendapati mangsa tinggal berdua dengan kakaknya yang berumur 18 tahun di rumah tersebut.

Budak perempuan 13 tahun layari artikel 'How to die in apartment' sebelum ditemui maut terjatuh tingkat 16 pangsapuri

“Semasa kejadian berlaku, kakak mangsa telah meninggalkan mangsa yang sedang bermain permainan komputer untuk ke tandas.
“Apabila keluar dari tandas, kakak mangsa terlihat mangsa sedang memanjat tingkap di dalam bilik tersebut dan berlari ke arahnya untuk tarik ke dalam, namun tidak sempat kerana mangsa telah pun terjatuh,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut siasatan juga katanya, pihak polis mendapati rumah tersebut tidak dilengkapi dengan jeriji besi dan mengesan satu artikel menerusi komputer yang dilayari oleh mangsa berkenaan ‘How to die in apartment’ (bagaimana untuk mati dalam apartmen).

“Mangsa disyaki telah tergelincir keluar dari tingkap semasa sedang memanjat tingkap di dalam bilik utama rumah tersebut.

“Siasatan lanjut juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam insiden ini.

“Namun polis sudah semak komputer yang dilayari mangsa dan terkesan satu artikel dipercayai dilihat oleh mangsa ‘How to die in apartment’.

“Kakaknya menyatakan mangsa berkelakuan normal dan tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk bunuh diri sebelum ini,” jelasnya.

Tambahnya lagi, pegawai paramedik dari Hospital Kuala Lumpur telah mengesahkan kematian mangsa dan mayatnya telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.- Sumber kosmo

Baca Lagi:
Selepas 3 tahun, gerhana matahari separa akan muncul semula sehari sebelum Aidilfitri
‘If tak pasti don’t kongsi’ – Mat Sabu jawab Sanusi
Wanita memiliki 3 suami tinggal sebumbung undang kontroversi