Budak perempuan 12 tahun lari minta bantuan guru setelah didera ibu tiri

Photo of author

By Syima Iza

Budak perempuan 12 tahun lari minta bantuan guru setelah didera ibu tiri.

Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun cedera dipercayai didera oleh ibu tirinya di sebuah rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang, di sini.

Kejadian itu terbongkar selepas murid Tahun Enam terbabit melarikan diri dan meminta bantuan gurunya yang tinggal di kawasan berhampiran, pagi ini.

Budak perempuan 12 tahun lari minta bantuan guru setelah didera ibu tiri

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi, mangsa yang mengalami lebam di bahagian badan dibawa ke Balai Polis Kundang di sini, untuk membuat laporan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, berdasarkan laporan, mangsa mendakwa dipukul ibu tirinya kerana dituduh mencuri duit tabung.
“Siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama bapa dan ibu tirinya tetapi mengaku hanya dipukul ibu tiri.

“Mangsa lari ke rumah guru yang tinggal di taman perumahan sama,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bertindak atas laporan, Hussein berkata, polis menahan wanita berusia 40-an yang juga suri rumah untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Baca Juga:
Wanita hamil 12 minggu kongsi cerita sedih dibuang kerja, jual laksa demi kelangsungan hidup
Pasangan ‘romantik’ itik dan kucing berjemur, santai bersama di tasik Arab Saudi raih perhatian ramai
Lemon berusia 285 tahun ditemui dalam kabinet antik dilelong RM8,406