Budak motor tunda Avanza guna sebelah kaki raih perhatian netizen

Photo of author

By Syima Iza

Kebaikan sudah menjadi sifat semula jadi bagi setiap rakyat Malaysia. Ia menjadi jelas bahawa sesiapa pun bersedia memberikan bantuan tanpa mengira bangsa atau agama apabila berlaku musibah.

Ini terbukti dalam satu video yang dikongsi oleh pengguna TikTok @syean_77 yang menunjukkan kebaikan seorang pemandu motosikal membantu sebuah kereta MPV yang terhenti di tengah jalan.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah bagaimana pemandu motosikal itu berjaya menolak kereta Avanza yang besar tersebut dengan menggunakan kakinya seorang diri di sepanjang jalan.

Budak motor tunda Avanza guna sebelah kaki raih perhatian netizen

Diketahui bahawa pemilik video juga membantu untuk memastikan keselamatan pemandu motosikal dan kereta Avanza tersebut dari bahagian belakang.

Selain itu, pemilik video turut teruja melihat situasi tersebut dan memuji tindakan murni pemandu motosikal itu dalam kapsyen video tersebut. Sejauh ini, video tersebut telah mendapat lebih dari 200,000 tontonan dan menerima banyak komen daripada netizen tempatan.

@syean_77 Biasa motor tunda motor… Ini motor tunda kereta. Apa pun TERBAIK.. #fypシ゚viral🖤tiktok #syeanmokhtar #Respect ♬ original sound – syeanmokhtar77

Selepas perkongsian video tersebut menjadi viral, semua netizen memuji tindakan baik pemandu motosikal yang sanggup membantu kereta Avanza yang mengalami masalah di tengah-tengah jalan yang sesak.

Budak motor tunda Avanza guna sebelah kaki raih perhatian netizen

Baca Juga:
Cinta sejati! Wanita jaga suami koma selama 10 tahun akhirnya ‘terbayar’
Tular video budak 6 tahun lincah main badminton, netizen siap puji cara letak bola net ada kelas!
Kieda Crepe hadiahkan suami kereta mewah sempena hari lahir