Budak lelaki raih pujian ramai tidak panik selepas lif tiba-tiba terjunam dari tingkat sembilan

Photo of author

By Syima Iza

Seorang budak lelaki berdepan pengalaman mengerikan apabila lif yang dinaiki tiba-tiba menjunam ke bawah.

Menerusi video yang tular, dia pada mulanya bersama seorang pengguna lain sebelum lelaki itu kemudian keluar dari lif di tingkat sembilan.

Bagaimanapun, kejadian aneh berlaku sebaik pintu lif ditutup apabila butang pada panel lif secara tiba-tiba mengalami kerosakan.

Budak lelaki raih pujian ramai tidak panik selepas lif tiba-tiba terjunam dari tingkat sembilan

Dalam situasi tegang itu, kanak-kanak berkenaan tetap tenang dan pantas menekan butang kecemasan dan butang untuk setiap tingkat.

Malah, dia bersiap sedia dalam kedudukan membongkok untuk menghadapi kemungkinan impak sekiranya lif itu jatuh.

Lif itu kemudian secara tiba-tiba ‘jatuh’ dari tingkat sembilan ke aras tiga. Namun, pintu lif masih belum dapat dibuka.

Dia terus menekan butang setiap tingkat dan butang kecemasan. Pintu lif akhirnya terbuka sebelum kanak-kanak itu melangkah keluar dengan tenang.

Tidak menyatakan tarikh kejadian, insiden tersebut dipercayai berlaku di Indonesia.

Keberanian dan sikap tenang budak tersebut mendapat pujian dalam kalangan netizen.

“Budak ini memang bijak.

“Bagus. Terima kasih kerana menyiarkan ini. Jadi anda belajar sesuatu yang baharu.

“Sebenarnya sekolah sangat memerlukan pendidikan seperti ini,” demikian antara komen netizen.

Baca Juga:
‘Ingatkan lembu’ – Abang Bomba kejar unta tersesat di jalan raya raih perhatian
Orang ramai sebak lihat detik menyentuh hati bapa minta izin nikahkan anak perempuan
Didakwa guna cara ‘marketing’ berbaur lucah, syarikat Neelofa tampil mohon maaf