Budak lelaki 7 tahun disyaki jadi mangsa dera ibu bapa, penduduk setempat serbu rumah

Photo of author

By Syima Iza

Budak lelaki 7 tahun disyaki jadi mangsa dera ibu bapa, penduduk setempat serbu rumah.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun disyaki menjadi mangsa dera ibu bapanya di kawasan Perumahan Layangkasa, Pasir Gudang di sini, pada malam Jumaat.

Perkara itu dimuat naik menerusi dua klip video yang masing-masing berdurasi 24 saat dan 32 saat di laman Twitter Cikgu Suraya pada 6.02 petang pada Sabtu.

Budak lelaki 7 tahun disyaki jadi mangsa dera ibu bapa, penduduk setempat serbu rumah

Dalam video yang berdurasi 24 saat itu memaparkan beberapa individu dipercayai jiran-jiran di kawasan perumahan berkenaan berkumpul di hadapan rumah meminta agar kanak-kanak lelaki berkenaan dibawa keluar.

Video seterusnya yang berdurasi 32 saat pula memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami beberapa luka di bahagian belakang badan dipercayai akibat didera.

Budak lelaki 7 tahun disyaki jadi mangsa dera ibu bapa, penduduk setempat serbu rumah

Dua klip video berkenaan turut tular di laman Facebook Layangkasa itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Ketika ini, pihak polis memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan berhubung perkara berkenaan.

Baca Lagi:
Lelaki pasang kamera tersembunyi di ruang tamu terkejut lihat bekas kekasih buat seks oral dengan anjing
Wanita terkejut bayi dijaga setahun bukan anaknya selepas buat ujian DNA, rupanya gelang bayi tertukar semasa bersalin
“Bukan darah daging jadi percaturan” – Diva AA bangun 4.30 pagi pergi mengundi