Budak lelaki 5 tahun selamba panjat menara elektrik

Photo of author

By Syima Iza

Sebuah rakaman viral di media sosial menunjukkan seorang budak lelaki memanjat menara elektrik yang tinggi voltan di Desa Topoyo, wilayah Sulawesi Barat, lapor Tribunnews semalam. Yang lebih mengejutkan, ini bukanlah kali pertama anak lelaki berusia lima tahun itu melakukan perbuatan tersebut.

Pegawai tempatan, Iptu Fredy, menyatakan bahawa budak itu telah memanjat menara elektrik tersebut sebanyak tiga kali kerana terlepas dari pengawasan ibu bapa. “Kami akan membawa budak lelaki tersebut untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan,” kata Fredy.

Budak lelaki 5 tahun selamba panjat menara elektrik

Rakaman kejadian itu dimuat naik di laman Instagram dan mendapat lebih 1 juta ‘like’.

Secara purata, netizen menyalahkan ibu bapa anak lelaki tersebut kerana cuai. “Kedua-dua ibu bapa layak dimarahi kerana tidak menjaga anak mereka,” kata seorang netizen.

Baca Juga:
Jika perkara ini berlaku, berjuta rakyat Malaysia akan hilang kerja
Lelaki bunuh isteri, daging dikerat-kerat dan bagi ke jiran tetangga
Penduduk kampung usung ibu baru bersalin sejauh 1 kilometer