Budak lelaki 5 tahun ‘ketagih seks’ nodai adik kembar

Budak lelaki 5 tahun ‘ketagih seks’ nodai adik kembar

Gara-gara kerap menyaksikan ibu kandung melakukan hubungan seks bersama teman lelaki, seorang kanak-kanak lingkungan lima tahun tergamak menodai adik kembarnya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, kes yang berlaku di salah sebuah negeri beberapa tahun lalu itu sekali gus mengubah kehidupan kanak-kanak lelaki terbabit menjadi seorang yang ketagih untuk melakukan hubungan seksual.

“Peristiwa ini terbongkar apabila mangsa yang merupakan adik kembar kepada pelaku mengadu kepada ibu angkatnya selepas mengalami kesakitan di bahagian sulit.

Budak lelaki 5 tahun 'ketagih seks' nodai adik kembar

“Siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan abang mangsa kerana ketagihan untuk melakukan hubungan seks akibat kerap menyaksikan ibunya melakukan hubungan terbabit bersama seorang lelaki di rumah mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika penerangan berkaitan jenayah seksual dalam sesi dialog bersama masyarakat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini pada Rabu.

Katanya, kes jenayah seksual berkenaan dikhuatiri akan mengakibatkan keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat.

“Apa yang membimbangkan jenayah seksual melibatkan kanak-kanak ini bukan sahaja menjadi mangsa, malah pemangsa.

“Selain itu, statistik turut merekodkan 70 peratus mangsa jenayah seksual adalah kanak-kanak berusia 13 hingga 18 tahun dan kemungkinan perkara ini disebabkan faktor kematangan selain aspek kehidupan mereka itu sendiri,” katanya.

Justeru kata Siti Kamsiah, semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan jenayah seksual dapat diatasi terutamanya melibatkan kanak-kanak.

“Sikap bertanggungjawab ibu bapa dalam memantau perkembangan dan pergerakan anak-anak penting bagi mengelakkan mereka terlibat dalam perkara yang tidak bermoral.

“Selain itu masyarakat turut memainkan peranan dengan segera melaporkan sebarang kejadian berkaitan kepada pihak berkuasa bagi memastikan tindakan dapat diambil sewajarnya,” katanya.

Baca Juga:
“Besarnya lampu study dia”- Video pelajar perempuan study bawah lampu jalan raih pujian orang ramai
Kereta Ketua Menteri Melaka nyaris dihempap pokok tumbang di Jalan Pinang
Lelaki buta ajar tuisyen dari rumah ke rumah
CATEGORIES