Budak lelaki 4 tahun cedera sampai kulit terkoyak diserang beruk jantan bersiong

Budak lelaki 4 tahun cedera sampai kulit terkoyak diserang beruk jantan bersiong

Budak lelaki 4 tahun cedera sampai kulit terkoyak diserang beruk jantan bersiong.

Seorang budak lelaki cedera apabila diserang seekor beruk jantan semasa bermain basikal hingga menyebabkan kulit lengan dan belakangnya terkoyak dalam kejadian di Kampung Meranto di sini minggu lalu.

Kejadian pada pukul 12 tengah hari 20 November lalu itu berlaku apabila Mohamad Alif Zahiruddin Mohamad Zainuddin, 4, di­serang kira-kira 20 meter dari kawasan rumahnya.

Budak lelaki 4 tahun cedera sampai kulit terkoyak diserang beruk jantan bersiong

Ibunya, Samsuri Ramli, 28, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam rumah sebelum dikejutkan dengan suara anak sulungnya yang berteriak dengan kuat.

Katanya, dia bergegas keluar rumah dan tergamam apabila melihat Mohamad Alif yang tidak berbaju berlumuran darah.

“Anak saya ketakutan dan menangis. Saya melihat kulit lengan kiri dan belakang badan Mohamad Alif sudah terkoyak.
“Jiran kami sempat melihat beruk hutan yang melarikan diri ke belakang rumah selepas melihat anak saya berlumuran darah,” katanya.

Menurut Samsuri, dia segera membawa anak ke Hospital Gua Musang sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai untuk rawatan susulan.

Katanya, Mohamad Alif mene­rima rawatan selama dua hari di HSIP dan tujuh hari di Hospital Gua Musang selain akan menerima rawatan susulan pada Selasa ini.

Terdahulu, Mohamad Alif dizia­rahi Ketua Peneroka Kampung Meranto, Mohamed Khalid Sulaiman yang turut menyerahkan sumbangan.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohamad Zainuddin Yusuf, 30, berkata, haiwan liar itu sudah lama berada di kawasan itu tetapi ia tidak pernah mengganggu penduduk di kawasan itu sebelum ini.

Katanya, penduduk kini bimbang sekiranya perkara sama berlaku terhadap kanak-kanak lain yang bermain di kawasan kampung.

“Kami sudah membuat laporan kepada Perhilitan dan difahamkan mereka sudah datang ke sini, namun tidak pasti mereka sudah mengambil tindakan atau sebaliknya.
“Saya harap perkara yang sama tidak berlaku terhadap kanak-kanak lain. Penduduk masih trauma melihat haiwan liar itu berkeliaran di kawasan kampung terbabit,” katanya.

Mohamad Zainuddin memberitahu, beruk itu mungkin datang dari kawasan hutan yang terletak berhampiran kampung dan keluar untuk mencari makanan.

Baca Lagi:
Doktor wanita gantung diri selesai solat Dhuha, tertekan dengan bebanan kerja
Pelajar tingkatan 5 cium, raba kemaluan budak perempuan 11 di taman perumahan dicekup orang awam
Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan
CATEGORIES