Budak lelaki 13 tahun pandu kereta laju dalam taman, adik 3 tahun duduk depan bonet kereta

Photo of author

By Syima Iza

Budak lelaki 13 tahun pandu kereta laju dalam taman, adik 3 tahun duduk depan bonet kereta.

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun didakwa memandu kereta secara melulu sehingga tular dalam media sosial.

Menerusi video berdurasi 1 minit 49 saat, seorang wanita meminta kereta jenis Perodua Viva yang dipandu remaja itu berhenti di tepi jalan di sebuah kawasan perumahan.

Budak lelaki 13 tahun pandu kereta laju dalam taman, adik 3 tahun duduk depan bonet kereta

Hasil perbualan antara dua individu itu, remaja tersebut yang dipercayai ditemani dua adiknya mendakwa dia sudah beberapa kali memandu di kawasan tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya sedang membuat semakan sama ada laporan polis sudah dibuat atau belum berhubung kejadian tersebut.

“Kita juga akan mengesan keluarga remaja terbabit untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Baca Juga:
Isteri hilang rupanya berpakat dengan kekasih gelap ugut suami minta wang tebusan RM2,000 kononya diculik
Laudya Cynthia Bella akhiri zaman janda? Didakwa jadi isteri ketiga ustaz terkenal Indonesia
Penduduk ketakutan ‘monyet jadian’ ketuk pintu rumah