Budak jumpa telur dinosour di taman permainan, pakar sahkan telur berusia 66 juta tahun

Photo of author

By Syima Iza

Seorang kanak-kanak lelaki secara tidak sengaja menemui telur dinosaur berusia 66 juta tahun yang kemudian disahkan oleh pakar arkeologi.

Semasa kita kecil, pasti ramai antara kita yang pernah bermain mengorek tanah untuk cuba menemui fosil dinosaur. Namun, seorang kanak-kanak dari Heyuan, China benar-benar menemui fosil zaman haiwan prasejarah itu.

Zhang Yangzhe ternampak batu pelik ketika sedang mencari sesuatu untuk membantunya membuka kacang walnut di pinggir sungai.

Budak jumpa telur dinosour di taman permainan, pakar sahkan telur berusia 66 juta tahun

Dengan pemerhatiannya sahaja, dia memutuskan bahawa batu yang ditemuinya itu adalah sebiji telur dinosaur. Yakin betul budak 9 tahun ini! Tak lama kemudian, penemuannya itu disahkan, dan ‘batu’ itu sememangnya telur dinosaur.

Tidak lama selepas itu, pakar arkeologi menemui lagi 10 biji ‘batu’ iaitu telur dinosaur di kawasan sekitar penemuan Zhang. Selepas dikaji, mereka mengesahkan bahawa batu itu memang telur dinosaur yang berusia lebih kurang 66 juta tahun.

Budak jumpa telur dinosour di taman permainan, pakar sahkan telur berusia 66 juta tahun

Menurut ibunya, budak lelaki yang berusia 9 tahun itu memang gemar membaca tentang sains, terutamanya perkara yang berkaitan dengan dinosaur. Dia juga tahu setiap jenis dinosaur mempunyai telur yang berlainan bentuk, menyebabkan dia dapat mengenal pasti penemuan berkenaan.

Sejak 1996, sebanyak 17,000 biji telur dinosaur dilaporkan ditemui di bandar itu menyebabkan Heyuan dianggap sebagai ‘rumah dinosaur’ dan mempunyai muzium dinosaur mereka sendiri yang diberi nama Heyuan Dinosaur Museum.
Baca Juga:
Pemandu treler terkejut temukan bayi 12 bulan merangkak tepi lebuh raya
Remaja 13 tahun pengsan, mulut berbuih selepas termakan biskut bercampur racun di kebun pisang
Wanita Australia gabungkan petai dan avocado dalam resipi sandwich…nampak macam best je!