Budak India ‘tarik’ lagu Bunga Angkasa di majlis perkahwinan curi perhatian ramai

Budak India ‘tarik’ lagu Bunga Angkasa di majlis perkahwinan curi perhatian ramai

Budak India ‘tarik’ lagu Bunga Angkasa di majlis perkahwinan curi perhatian ramai.

Kemampuan seorang kanak-kanak lelaki berbangsa India yang menyanyikan lagu Bunga Angkasa dendangan kumpulan rock popular Terra Rossa di sebuah majlis perkahwinan, mencuri perhatian ramai.

Rakaman video yang dikongsikan di akaun TikTok @burnpazzword itu berjaya menarik sebanyak 656,000 ribu jumlah tontonan serta 67,000 ribu tanda suka.

Budak India 'tarik' lagu Bunga Angkasa di majlis perkahwinan curi perhatian ramai

Melihat ke ruangan komen, orang ramai melahirkan rasa kagum terhadap kebolehan kanak-kanak lelaki berkenaan yang berbadan kecil, tetapi mempunyai suara yang sangat bagus.

“Yang ada kawan bangsa India saja tahu memang mereka menyanyi lagu Melayu dengan sedap,” tulis Wan Amy.

“Abang yang Melayu pun tak mampu nak nyanyi lagu ini,” tambah Shazuan.

“Bangsa India memang ramai suara sedap. Antara yang popular seperti kumpulan Alleycats, Ben Nathan, Moses Vadham, Jaclyn Victor, Santesh dan ramai lagi,” ulas Salihin.

@burnpazzword video diambil dari shabat aku @🆂&🄹(●’◡’●)ノ ..selamba je tarik lagu bunga angkasa..memang terbaik adik ni..#fyps #malaysiatiktok #fypシ ♬ original sound – Burn

Baca Lagi:
Ramai masih tak tahu ‘kotak sarang telur’ banyak kegunaannya, boleh serap bau busuk di dalam tong sampah
Wanita pelik kena hon, rupanya rakan sekerja letak sesuatu pada bumber belakang kereta
Ini info perlu anda tahu jika mahu beli minyak masak paket di mana-mana kedai
CATEGORIES