Budak bangsa Cina fasih berbahasa Tamil dengan jiran buat warganet kagum

Budak bangsa Cina fasih berbahasa Tamil dengan jiran buat warganet kagum

Budak bangsa Cina fasih berbahasa Tamil dengan jiran buat warganet kagum.

Seorang budak berbangsa Cina dari Malaysia telah menarik perhatian ramai pengguna Internet kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Tamil.

Budak lelaki itu bernama Kai Kai, menjadi tular di TikTok apabila dia dilihat dalam beberapa video dimuat naik oleh jirannya Encik Kartik Suresh.

Salah satu video yang menunjukkan Kai Kai berbincang dengan Encik Kartik tentang bagaimana hendak menyediakan minuman lassi buah mangga – sejenis jus – dalam bahasa Tamil, telah mencatatkan lebih dua juta tontonan sejak ia diterbit pada Jumaat lalu.

Budak bangsa Cina fasih berbahasa Tamil dengan jiran buat warganet kagum

Dalam video itu, Kai Kai memberi saranan kepada Encik Suresh jika beliau menambah buah epal dan anggur dalam minuman itu, ia akan menjadikannya lebih manis.

Dia kemudian meminta ibu Encik Suresh sekiranya beliau mempunyai epal di rumahnya.

Bukan sahaja itu, Kai Kai memanggil ibu Encik Suresh dengan penuh sopan sebagai Amma – perkataan Tamil bagi panggilan ibu.

Kai Kai kemudian menyambung perbincangannya bersama Encik Suresh dalam bahasa Tamil, dengan membuat lawak sambil menyediakan minuman lassi itu bersama-sama.

Kai Kai telah mengagumkan ramai pengguna Internet dengan kepetahan bahasanya itu.

Seorang pengguna TikTok, yang mempunyai keturunan Melayu dan India berkata, Kai Kai lebih fasih bertutur dalam bahasa Tamil berbanding dirinya sendiri

@kartik_suresh #tamiltiktok #chineseboy #malaysian #fypシ ♬ original sound – 𝗞αятιк 𝗦υяєѕ𝗛

Seorang lagi pengguna berkata interaksi antara jiran daripada pelbagai bangsa itu sesuatu yang sangat indah.

Sementara itu beberapa pengguna lagi berkata: “saya cinta dengan Malaysia negara saya. Ini sungguh indah.”

Ada yang menggesa Encik Suresh agar memuat naik lebih banyak video yang menampilkan Kai Kai.

Baca Lagi:
13 petua elak kucing berak di laman rumah anda!
Video detik-detik bayi selamat dari maut, merangkak cari ibu dari lori yang remuk
“Setakat RM8 hang tu aku tak heran, customer aku ramai lagi” – Pekedai mengamuk campak duit RM8 selepas kena tegur tiada adab
CATEGORIES