Budak 6 tahun pilih kunci kereta yang tepat, menang Perodua Axia

Photo of author

By Syima Iza

Budak 6 tahun pilih kunci kereta yang tepat, menang Perodua Axia.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun membawa pulang sebuah Perodua Axia selepas berjaya memilih kunci kereta yang tepat dalam satu acara cabutan bertuah di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

Ia bagaikan ‘hadiah tahun baru’ kepada keluarga Norazemah Nordin selepas rezeki yang tidak disangka-sangka itu menyebelahi anaknya, Mohd Zulfikar Al Fateh Mohd Fauzi.

Budak 6 tahun pilih kunci kereta yang tepat, menang Perodua Axia

Pada acara tersebut, tiga peserta dipanggil ke pentas selepas nombor mereka dicabut sebagai finalis. Mereka kemudiannya diminta untuk memilih salah satu daripada tiga kunci yang kelihatan serupa, namun hanya satu kunci yang boleh membuka pintu kereta yang disediakan.

Apabila giliran Mohd Zulfikar Al Fateh tiba, kunci yang dipilihnya berjaya membuka pintu kereta tersebut, sekaligus menjadikannya pemenang.

“Hadiah ini adalah rezeki anak. Ia adalah hadiah tahun baru yang tidak pernah disangkakan. Kami benar-benar bersyukur,” kata Norazemah yang bekerja sebagai pembantu tadbir di sebuah jabatan akaun di Keningau.

Ibu kepada empat anak itu tiba di sini semalam untuk mengambil cermin mata yang ditempah di kedai yang menganjurkan cabutan bertuah tersebut, ROBERT.T 1994, sebelum diberitahu bahawa mereka layak menyertai program berkenaan.

“Kami sudah mempunyai kereta. Jadi, kereta baru yang dimenangi ini akan kami gunakan untuk percutian istimewa,” katanya sambil memaklumkan bahawa suaminya yang bekerja di Kota Kinabalu akan memandu Perodua Axia itu pulang ke Keningau.

Majlis Cabutan Bertuah Robert.T 1994 itu telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick.

Baca Lagi:
Lelaki ‘Video Call’ dengan ChatGpt minta ajar masak mi segera raih perhatian ramai
Wanita dedah tak ‘Selera’ bersama suami, tak sanggup hadap mulut busuk
Ini yang perlu rakyat Malaysia amalkan selepas negara China diserang virus HMPV