Budak 6 tahun jatuh longkang nyaris maut dalam kolam kumbahan

Photo of author

By Syima Iza

Budak 6 tahun jatuh longkang nyaris maut dalam kolam kumbahan. Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun nyaris maut apabila dihanyutkan arus deras dari sebuah longkang ke kolam kumbahan di Taman Sejati Indah, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu disedari ibu mangsa yang berlari mengikut mangsa sejauh 15 meter sambil meminta tolong.

Difahamkan, insiden berlaku ketika kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Mohd. Ariff bermain di kawasan longkang terletak di hadapan rumahnya bersama seorang rakan sebelum hujan lebat.

Budak 6 tahun jatuh longkang nyaris maut dalam kolam kumbahan

Mangsa yang hanyut sehingga ke kolam kumbahan dipenuhi pokok keladi bunting kemudian berjaya diselamatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu.

Ketua BBP Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Syukri Hashim berkata, dia bersama tujuh anggotanya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.

Kata Syukri, mereka kemudian ternampak tangan kanak-kanak itu melambai-lambai di permukaan kolam.

Budak 6 tahun jatuh longkang nyaris maut dalam kolam kumbahan

“Anggota terus terjun ke dalam kolam dan berjaya membawa naik kanak-kanak itu sebelum dia diberikan rawatan awal,” katanya.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit bernasib baik kerana kembali sedar dan segera dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut,” katanya.

Baca Lagi:
UMNO pecat Tun Faisal, surat pemecatan dihantar melalui ‘WhatsApp’
Tarian dangdut aksi ghairah di karnival jualan Perlis dikecam orang ramai
Selepas tular foto guru cantik di Sarawak, facebook KPM dihujani komen kaum lelaki