Budak 2 tahun telan 8 jarum suntikan vaksin haiwan

Photo of author

By Syima Iza

Budak 2 tahun telan 8 jarum suntikan vaksin haiwan.

Seorang budak berusia dua tahun di timur laut Peru tertelan lapan jarum suntikan ketika bermain, lapor media tempatan.

Dia berjaya diselamatkan oleh doktor selepas melakukan pembedahan.

Budak 2 tahun telan 8 jarum suntikan vaksin haiwan

Menurut laporan, jarum itu digunakan untuk suntikan vaksin bagi haiwan ternakan di ladang, tempat ibu mangsa bekerja.

“Di dalam bilik bedah, kami membuka perutnya dan menjumpai batang logam itu sebelum menyedari ia adalah jarum,” kata Dr Efrain Salazar.

Budak yang tidak didedahkan identitinya itu difahamkan tinggal di kawasan pertanian Taratopo, kira-kira 622 kilometer dari ibu kota Lima.

Menurut ibu mangsa, kemungkinan anaknya menelan jarum berkenaan ketika dia bermain di ladang berkenaan.

Budak itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan.

Baca Lagi:
Difitnah miliki kediaman mewah berharga RM20 juta di Country Height, Nurulhidayah bakal ambil tindakan undang-undang
Berus pembersih Skitto Clean didapati diperbuat daripada bulu babi
Lelaki terkejut pemilik bengkel hanya caj RM1 untuk baiki kereta Perodua Viva miliknya