Budak 12 tahun sanggup makan, tidur di lantai wad demi jaga ibu sakit undang ramai sebak.
Ketika rakan-rakan sebaya sedang berseronok bermain di luar, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun pula sibuk menguruskan keperluan harian ibunya yang sedang dirawat di hospital akibat diserang strok.
Kanak-kanak yang dikenali sebagai Iman itu dikatakan sanggup makan dan tidur di lantai wad demi memastikan ibunya mendapat layanan terbaik sepanjang tempoh dia menjaga ‘syurganya’ itu.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @norasni31, wanita itu merakamkan momen ketika Iman mengurus ibunya yang terlantar sakit seorang diri.
“Ni adik Iman, umur 12 tahun. Anak tunggal. Sepanjang aku berada di sini, dia seorang sahaja yang jaga ibu dia yang terkena strok,” kata @norasni31.
“Tak duduk diam dia untuk pastikan ibunya betul-betul dalam keadaan selesa. Dia yang akan tukar pampers (lampin pakai buang) ibu dia, lapkan badan ibu dia. Dia buat semua sendiri tanpa bantuan sesiapa,” tambahnya lagi.
Tambah wanita itu, setiap kali doktor memaklumkan perkembangan terkini tentang kesihatan ibu Iman, kanak-kanak tersebut hanya mengangguk faham.
“Doktor sendiri tidak tahu sama ada Iman faham atau tidak apa yang diterangkan dan apa yang perlu dilakukan pada usia 12 tahun. Semoga Iman kuat menjalankan tanggungjawab ini walaupun masih terlalu muda,” kata @norasni31.
“Kita yang dewasa ini pun belum tentu dapat lakukan apa yang dilakukan Iman, sanggup berjaga siang dan malam. Semoga Allah permudahkan urusan kamu dik,” katanya lagi, penuh empati.
@norasni31 bila mana depan katil KO seorang pesakit strok.. dan penjaga seorang budak 12 tahun..makan minum tido kat lantai .Allahu kecian tgkk😭#fypviralシ #tiktokviral #beranda #terengganu#sedih #hospital #foryourepage #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Astro Ceria