Budak 11 tahun main lato-lato lebih 2 jam tanpa henti menang hadiah kambing

Budak 11 tahun main lato-lato lebih 2 jam tanpa henti menang hadiah kambing

Budak 11 tahun main lato-lato lebih 2 jam tanpa henti menang hadiah kambing. Hadiah utama seekor kambing menjadi milik seorang budak lelaki berusia 11 tahun apabila menewaskan ratusan peserta lain dalam pertandingan lato-lato di daerah Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia.

Chesta Khadafi dari Sedati dinobatkan sebagai juara selepas bermain lato-lato tanpa henti selama 2 jam 7 minit di pentas final.

Pertandingan tersebut diadakan di Desa Siwalanpanji dan disertai 300 peserta berumur enam hingga 16 tahun.

Budak 11 tahun main lato-lato lebih 2 jam tanpa henti menang hadiah kambing

Penganjur pertandingan, Muhammad Subeki berkata, semua peserta tidak dibenarkan membawa lato-lato sendiri sebaliknya perlu menggunakan lato-lato yang disediakan pihaknya.

Menurutnya, pada pusingan penyingkiran peserta perlu bermain lato-lato selama 10 minit sebelum layak ke separuh akhir.

“Di pusingan separuh akhir pula, peserta diminta bermain lato-lato sambil duduk, mencangkung dan berjalan secara mengundur.
“Seramai 43 peserta layak ke pusingan akhir dan juara ditentukan menerusi ketukan lato-lato paling lama,” ujarnya.

Sementara itu, Chesta memberitahu dia melakukan persiapan dan latihan selama seminggu namun tidak meletakkan sasaran juara.

Baca Lagi:
Beruang masuk kampung, anggota bomba cedera kena gigit
Pusaran misteri bercahaya muncul di langit Hawaii
Lelaki ini 3 kali kena penjara walaupun tak pernah buat salah
CATEGORIES