Budak 11 tahun berjaya daratkan ikan air tawar terbesar di Eropah berat 70kg

Photo of author

By Syima Iza

Budak 11 tahun berjaya daratkan ikan air tawar terbesar di Eropah berat 70kg.

Seorang budak lelaki berumur 11 tahun dari Britain berjaya memancing ikan air tawar spesies catfish seberat 68.94 kilogram (kg) di Sungai Ebro, Sepanyol ketika bercuti bersama bapa dan ibunya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Joshua Davenport dari East Grinstead, Sussex Barat itu terpaksa bergelut selama 25 minit dan joran pancingnya bengkok sebelum dapat menaikkan ikan tersebut baru-baru ini. Seramai empat orang diperlukan untuk mengangkatnya ke tebing Sungai Ebro.

Budak 11 tahun berjaya daratkan ikan air tawar terbesar di Eropah berat 70kg

Ikan itu memiliki panjang 2.74 meter (m), manakala ketinggian Joshua ialah 1.67m. Dia kini bergelar budak lelaki pertama yang berjaya menangkap ikan air tawar terbesar di Eropah.

Joshua juga berjaya memecah rekodnya sendiri apabila memancing seekor ikan air tawar seberat lebih 49.89kg sebelum ini.

“Apabila melihatnya, dia sukar mempercayai saiz ikan itu. Tiga orang dewasa dan Josh mengambil masa untuk mengangkatnya (ke tebing sungai),” kata ibunya, Lorna.

Selepas bergambar, ikan gergasi itu dilepaskan semula ke dalam sungai dengan selamat.

Baca lagi:.
3 pekerja farmasi kena belasah dengan doktor wanita selepas kantoi kutuk dalam group WhatsApp
Pak Arab tunggang isu Palestin buat live kat TikTok raih ‘gift’ dari orang ramai
Penduduk gempar 3 ekor buaya tiba-tiba muncul dari dalam tanah simen