Budak 10 tahun putus kemaluan semasa bersunat

Budak 10 tahun putus kemaluan semasa bersunat

Budak 10 tahun putus kemaluan semasa bersunat.

Seorang kanak-kanak lelaki di Cerenti, wilayah Riau mengalami detik cemas dalam hidupnya apabila bahagian hujung zakarnya terputus ketika sedang menjalani proses bersunat, lapor laman berita Okezone semalam.

Kanak-kanak berusia 10 tahun itu dikatakan menyertai acara bersunat beramai-ramai di sebuah klinik swasta pada 18 Disember lalu.

Budak 10 tahun putus kemaluan semasa bersunat

“Kami sempat merawatnya namun, disebabkan keadaannya yang agak teruk, kanak-kanak itu dirujuk ke Hospital Daerah Arifin Achmad Pekanbaru,” kata Pengarah Hospital Daerah Taluk Kuantan, Kuansing Irvan Husen.

Menurut maklumat, pemilik klinik tersebut melakukan proses menyunat kanak-kanak dengan bantuan beberapa kakitangan kesihatan.

Ketika mengkhatan mangsa, mereka secara tidak sengaja terpotong bahagian hujung kemaluan mangsa sehingga putus yang menyebabkan aktiviti bersunat beramai-ramai itu dihentikan serta-merta.

Dalam pada itu, Ketua Persatuan Khitan Indonesia, Dr. Darsono berkata, zakar yang putus dapat disambung semula namun, ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya enam jam selepas ia putus.

“Jika lebih dari enam jam, tisu bahagian tersebut kebiasaannya sudah mati,” katanya.

Baca Lagi:
Seram! Ayam kena kacau setiap malam, rupanya ‘Cik Ponti’ di tepi reban ayam
Ustaz Abdul Somad dedah ramai wanita mahu jadi isteri kedua, sanggup bermadu
Penduduk terkejut sejadah imam surau ‘tidak terusik’ tiada langsung selut banjir
CATEGORIES