Budak 10 tahun jatuh lubang sedalam 35 meter

Budak 10 tahun jatuh lubang sedalam 35 meter

Budak 10 tahun jatuh lubang sedalam 35 meter. Operasi pencarian seorang budak lelaki berusia 10 tahun di Vietnam yang terjatuh ke dalam lubang 35 meter di sebuah tapak pembinaan diteruskan lagi dengan kali ini disertai ratusan penyelamat.

Menurut media tempatan, setakat ini keadaan budak terbabit yang dikenali sebagai Thai Ly Hao Nam belum dapat ditentukan oleh pasukan penyelamat.

Budak itu dipercayai terjatuh ke dalam lubang tapak pembinaan jambatan baharu yang hanya selebar 25cm di wilayah selatan Dong Thap ketika mencari besi buruk, dua hari lalu.

Budak 10 tahun jatuh lubang sedalam 35 meter

Setakat ini, struktur tanah di sekeliling kawasan berkenaan sudah digerudi dan dilonggarkan sebelum pasukan penyelamat cuba menarik keluar tiang pula bagi menyelamatkan budak terbabit.

Bekalan oksigen pula terus dipam masuk ke lubang meskipun tiada sebarang petanda interaksi ditunjukkan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Pham Minh Chinh mengarahkan pasukan penyelamat persekutuan turun padang membantu usaha menyelamat bersama-sama pihak berkuasa tempatan.

Baca Lagi:
Azizulhasni Awang kongsi pengalaman detik nyawa hampiri ‘sakaratul maut’
Cara ‘Renew’ lesen online dengan mudah dan cepat, tak perlu beratur panjang lagi..
Wanita 56 tahun berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan lelaki bujang
CATEGORIES