Buaya mati terlentang dibaham jerung

Photo of author

By Syima Iza

Buaya mati terlentang dibaham jerung.

Seorang wanita merakam seekor ikan jerung memakan buaya di tepi pantai Nhulunbuy, Australia, lapor portal berita News18 semalam.

Adegan itu dirakam melalui klip video berdurasi 43 saat oleh Alice Bedwell, yang berkongsi rakaman tersebut dengan agensi berita Storyful, pada Rabu lalu.

Buaya mati terlentang dibaham jerung

Dalam klip video itu, kelihatan seekor buaya air masin yang mati terbaring di tepi pantai.
Di sebelah kanannya, seekor jerung besar dilihat berenang ke arah perairan cetek.

Netizen terkejut dengan kejadian tersebut selepas ia dimuat naik di laman sosial.

Seorang netizen berkata: “Perkara seperti ini hanya berlaku di Australia.”

Seorang lagi mengulas: “Jerung itu sangat dekat dengan pantai!”

@thentnews Australia 😳 Incredible footage captured in Nhulunbuy by Alice Bedwell. What would your reaction be? #croc #crocodile #shark #australia #fyp ♬ original sound – thentnews

Baca Lagi:
Tentera Rusia bawa kereta buatan Malaysia masuk perang buat ramai netizen terkejut
Patung mirip makhluk asing berusia 7,000 tahun ditemui di Kuwait
Wajib ambil tahu, ini senarai 9 pelepasan cukai individu untuk tahun 2025