Buang masa polis & SKMM siasat Sarah Yasmine – Peguam

Photo of author

By Syima Iza

Peguam Nur Aminahtul Mardiah Md Nor memberikan ulasan mengenai beberapa kenyataan yang menggalakkan individu yang terlibat dalam kontroversi melalui pendedahan wanita Singapura yang dikenali sebagai Sarah Yasmine untuk membuat laporan polis.

Menurut Aminahtul, isu kesalahan ini sepatutnya tidak dijadikan sebagai masalah antara dua negara kerana ia berkait dengan tingkah laku individu.

“Saya ingin berkongsi bahawa saya mendengar beberapa individu mengeluarkan kenyataan kepada media meminta mana-mana individu yang terlibat dan terkesan dengan pendedahan Sarah Yasmine untuk membuat laporan polis terhadap Sarah Yasmine.

Buang masa polis & SKMM siasat Sarah Yasmine - Peguam

Ada juga isu yang menyatakan bahawa ‘orang Singapura, pulanglah ke Singapura untuk menyelesaikan masalah ini di Singapura. Jangan memburukkan artis-artis di Malaysia’,” katanya.

“Saya hanya mengetengahkan isu undang-undang tetapi perlu difahami bahawa ini bukanlah isu antara Malaysia dan Singapura. Ini adalah masalah tingkah laku. Perbuatan curang bukanlah masalah negara. Kedua, apabila anda membuat laporan polis, saya akan menjelaskan apa yang akan berlaku apabila laporan polis tersebut dibuat.”

“Contohnya, di bawah fitnah atau di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Apabila laporan polis dibuat, telefon yang digunakan oleh Sarah Yasmine untuk membuat tangkapan skrin dan memuat naik di Instagram akan dirampas.

Pihak polis akan menghantarnya kepada forensik untuk mengekstrak semua maklumat. Perlu dilihat dari mana asal, metadata dari mana ia diperoleh. Adakah tangkapan skrin tersebut daripada telefon Sarah Yasmine sendiri?

Adakah ia hanya simpanan peribadi atau adakah sumber lain yang menghantar maklumat kepadanya dan digunakan untuk dimuat naik di Instagram.”

“Menerusi hantaran video di TikTok, Aminahtul juga menjelaskan kedudukan isu tersebut dari sudut undang-undang. Semua akan disiasat jika ada laporan polis dibuat.

Soalan saya sekarang, bolehkah dia jatuh di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah? Bolehkah dia jatuh di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang menyatakan bahawa sesiapa yang menggunakan media sosial untuk memberikan hantaran lucah, mengancam atau menyakiti hati orang lain yang palsu perlu dilihat dalam Seksyen 233 dan Seksyen 500 ada elemen yang perlu dipenuhi sebelum satu pertuduhan dapat dibuat.”

“Kenapa kita perlu membazirkan masa polis Malaysia, membazirkan masa SKMM untuk menyiasat isu yang didedahkan oleh Sarah Yasmine ini? Kenapa kita perlu membazirkan masa sedangkan banyak lagi kes jenayah yang perlu disiasat oleh kedua-dua jabatan ini. Ini adalah masalah peribadi mereka.”

@aminahtulmardiah Sarah Yasmine dan Alif Aziz. #lawyer #learnontiktok #tiktokguru ♬ original sound – AminahtulMardiah (min)

“Orang yang sepatutnya dipersalahkan ialah orang yang memulakan hubungan ini. Mereka-mereka yang lain yang mungkin betul-betul terlibat dengan Aliff Aziz ini adalah sesuatu yang perlu kami fikirkan. Perbuatan anda mencemarkan nama baik sendiri.”

“Pelakon dan pengkarya yang baik diberikan peluang untuk berlakon, diberikan rezeki untuk berlakon, maka jaga rezeki tersebut. Jangan mengambil kesempatan dengan hubungan percintaan, jadilah teman pendengar yang setia.

Anda perlu tahu batas. Perkara seperti ini anda tidak patut melibatkan diri. Melibatkan pihak polis dan SKMM merupakan pembaziran sumber.”

Baca Juga:
Harga tak masuk akal, seluar jean ada kesan ‘air kencing’ dijual RM3,800
Penggali kubur terkejut temui jasad berbau wangi selepas 16 tahun dikebumikan
Erma minta Sarah Yasmine berhenti ‘kenduri selak kain’ berambus dari Malaysia