Brother ini curi masa solat atas ‘excavator’, majikan dari China hanya senyum tak kata apa-apa

Photo of author

By Syima Iza

Brother ini curi masa solat atas ‘excavator’, majikan dari China hanya senyum tak kata apa-apa.

Sebuah video yang memaparkan seorang pekerja sedang menunaikan solat di atas bumbung sebuah jengkaut atau excavator tular di media sosial.

Menerusi akaun TikTok milik Sahril Shamsudin, dia berkongsi cerita mengenai seorang majikan dari China yang tidak kisah apabila salah seorang pekerjanya mencuri sedikit waktu untuk menunaikan solat.

Brother ini curi masa solat atas 'excavator', majikan dari China hanya senyum tak kata apa-apa

“Siapa cakap kerja dengan cina susah nak jaga solat awal waktu?

“Tengok video ni sampai habis, aku kongsi dengan anda semua apa reaksi Cina dari Tanah Besar China ini selepas dia tengok brother operator excavator ni solat Asar tadi.

“Bos yang pakai topi merah tunjuk brother yang tengah solat Asar sambil muka senyum kat aku. Mungkin nak aku explain kot apa brother tu tengah buat, bangun duduk apa semua.

“So aku pun explain sambil tunjuk isyarat tangan, baru dia faham. Kalau kau cakap saja that driver pray ke apa, mereka susah nak faham,” ujarnya.

Tambah Sahril, berdasarkan pengalamannya, dia jarang berdepan masalah setiap kali bekerja dengan individu dari negara China.

@sahrilshamsudin Semoga Iyanya menjadi asbab Kepada Kita Semua Untuk Terus Taat pada perintah Allah SWT. #jagasolat #jagasolatjemaah #jagasolatallahjagakita #jagasolat5waktu ♬ Syi’ir Tawasul Al-Rifa’ie – Al-Rifa’ie Satu

“Berdasarkan pengalaman aku kerja dengan mereka selama ini, kebanyakan semuanya okey saja. Asalkan kerja tiada masalah. Korang tengok ni (video), mereka takkan ganggu apa anda buat.

“Apa pun terbaik brother excavator. Semoga Allah mudahkan urusanmu dan keluargamu. Dan semoga ia jadi contoh kepada kita semua untuk sentiasa menjaga perintah Allah walau dalam apa jua sekalipun keberadaan kita,” ujar Sahril lagi.

Perkongsian terbabit meraih lebih 60,000 tontonan dan dibanjiri komen yang memuji majikan dan pekerja berkenaan.

Baca Lagi:
‘Emas terapung’ bernilai RM2.5 juta ditemui dalam perut ikan paus
Mursyidul Am Pas tegur Sanusi supaya jaga mulut di pentas politik
Dulu kaya-raya atas sokongan isteri pertama, sekarang hidup kontraktor projek juta-juta musnah selepas kahwin 2