“Brother Ferrari belanja aku tol RM2.50”

Photo of author

By Syima Iza

“Brother Ferrari belanja aku tol RM2.50”.

Masalah teknikal di plaza tol merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Baru-baru ini, seorang pengguna jalan raya berkongsi kisah menarik apabila tol miliknya dibayarkan oleh pemilik kereta Ferrari.

Menerusi perkongsian di Instagram @mhfzz, insiden berlaku semasa dia melalui lorong SmartTAG. Kad MyRFID Touch ‘n Go miliknya gagal dikesan, menyebabkan palang tol tidak terbuka.

"Brother Ferrari belanja aku tol RM2.50"

Ketika dia berhasrat mengundur kereta untuk mencuba sekali lagi, sebuah Ferrari yang berada betul-betul di belakangnya menghalang ruang.

Tidak lama selepas itu, palang di hadapannya tiba-tiba terbuka. Tanpa berlengah, @mhfzz terus memandu meninggalkan plaza tol tersebut.

Momen Malu dan “Tanda Perpisahan”

Berasa malu kerana insiden itu, @mhfzz memecut laju meninggalkan Ferrari berkenaan. Namun, dalam perjalanan, dia ternampak Ferrari tersebut memotongnya di lorong kanan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tokpis (@mhfzz)

Pemandu Ferrari itu sempat mengangkat tangan, yang dianggap oleh @mhfzz sebagai satu “tanda perpisahan.”

“Terima kasih brader Ferrari belanja tol,” tulis @mhfzz dalam perkongsiannya.

Kisah ini bukan sahaja mencuit hati netizen, malah menggambarkan kebaikan kecil yang boleh memberikan kesan besar dalam kehidupan seharian.

Baca Juga:
Mahu lariskan jualan & senang dapat kerja, masyarakat di China kini fokus belajar bahasa Melayu
Ramai yang tak tahu, ini cara nak mengenali seseorang melalui cara makannya
Ini anggaran kos jika orang Melayu mahu membuka Restoran Mamak