Brader Proton Saga pukul rider grab di traffic light dijatuhi hukuman penjara 2 bulan, denda RM2000

Brader Proton Saga pukul rider grab di traffic light dijatuhi hukuman penjara 2 bulan, denda RM2000

Brader Proton Saga pukul rider grab di traffic light dijatuhi hukuman penjara 2 bulan, denda RM2000.

Seorang pekerja bengkel dijatuhi hukuman penjara dua bulan serta denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah memukul seorang lelaki di tepi jalan, hadapan lampu isyarat Jalan Langat – Klang, Ahad lalu.

Terdahulu, Majistret Siti Zubaidah Mahat dalam penghakimannya memberi teguran keras kepada tertuduh, Mohd Faizul Nazri, 39, supaya tidak menunjuk hebat di jalan raya selain tidak mengikut perasaan dan mengambil iktibar dengan kejadian itu.

Brader Proton Saga pukul rider grab di traffic light dijatuhi hukuman penjara 2 bulan, denda RM2000

Siti Zubaidah kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara daripada tarikh dia ditangkap.

Dia turut diarah menjalani hukuman penjara tambahan dua bulan sekiranya gagal membayar denda.
​​​​​​​
Mengikut pertuduhan, Mohd Faizul dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki berusia 21 tahun yang patah dan retak tulang rahang.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan, hadapan lampu isyarat Jalan Langat – Klang menghala ke Klang pada jam 7.15 petang, Ahad lalu.

Sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan didenda mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, peguam yang mewakili tertuduh, Nicholas Cheoh memohon tertuduh dikenakan hukuman penjara minimum.

“Saya difahamkan isteri tertuduh sarat mengandung dan dia berhasrat berada di sisi isterinya bila melahirkan anak pertama mereka.

“Tertuduh juga menyesal dan memberi aku janji tidak akan mengulangi kesalahan itu,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Jannah Aimi memohon mahkamah memberikan denda setimpal berikutan terdapat saksi mengatakan tertuduh bertindak tanpa belas kasihan sehingga mencederakan mangsa.

“Mangsa dalam kes ni retak di bahagian rahang dan kes gangsterisme di jalan raya sering berlaku. Saya memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran bukan saja pada tertuduh tetapi orang awam,” katanya.

Baca Lagi:
Bintang filem porno nikah dengan kru sendiri di balai polis selepas ditahan
Angkara sihir! Wanita kandung anak jin di Terengganu, mengandung selama 4 jam terus beranak
500 batu nisan purba depan rumah, kubur milik gadis berbau wangi dan bercahaya pada waktu malam selama 2 bulan
CATEGORIES